
Pengumuman itu dibuat oleh Pengerus Bersih, Datuk S Ambiga di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) hari ini.
“Di sini kita ambil kesempatan untuk mengumumkan pelantikan secara rasmi, Datuk A.Samad Said yang akan bersama-sama memperjuangkan hak rakyat iaitu pilihan raya yang telus,” kata beliau.
Katanya, pelantikan A Samad Said sebagai Pengerusi Bersama Bersih, dapat membantu NGO itu terus memperjuangkan lapan tuntutan bagi mendesak kerajaan melakukan reformasi pilihan raya.
A.Samad Said atau lebih mesra dengan panggilan Pak Samad sebelum ini mencetuskan fenomena apabila secara terbuka menggesa kerajaan melaksanakan pilihan raya bersih dan adil.
Pada Himpunan Anjuran Bersih 9 Julai tahun lalu, Pak Samad turut serta bersama puluhan ribu rakyat Malaysia berhimpun di Kuala Lumpur bagi mendesak kerajaan melaksanakan tuntutan tersebut dan menyampaikan memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong.
Dalam sidang media yang sama, Pak Samad berkata, beliau kini bersedia untuk memainkan peranan penting dalam gabungan itu.

“Sudah waktunya saya memberi sumbangan kepada rakyat dan meringankan bebanan Ambiga,” kata beliau.
Turut dilantik menjadi ahli jawatan kuasa (AJK) bersih, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Abdul Razab.
Menurut Ambiga, Syukri berperanan untuk menarik anak muda dalam mendaftarkan diri sebagai pengundi di pilihanraya yang akan datang kelak.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.