(Oleh: Nabihah Hamid)
KUALA LUMPUR 17 Jan: Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S.Ambiga memberi
amaran bahawa gabungan itu akan menganjurkan Himpunan Bersih 3.0,
sekiranya kerajaan masih gagal menunaikan tuntutan untuk melaksanakan
pilihan raya bersih dan adil.
Menurut Ambiga, pihaknya telah melakukan pelbagai cara termasuk
menerusi kaedah rundingan dan menegaskan gabungan itu turut menggesa
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima cadangan Jawatankuasa Pilihan
Khas Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan proses pilihan raya.
“Ia mesti dilaksanakan (oleh Suruhanjaya Pilihan Raya). Maka kita
akan cuba semua itu, namun sekiranya mereka (SPR) tidak memenuhinya
sebelum PRU, kami tidak menolak kemungkinan untuk menggerakkan Bersih
3,” tegas Ambiga.
Menurut Ambiga, adalah jelas SPR tidak menghormati cadangan yang
dikemukakan PSC dan Parlimen sekiranya suruhanjaya itu masih tidak mahu
melaksanakan lapan tuntutan Bersih.
Di sidang media sama, Sasterawan Negara, A Samad Said turut mengatakan Bersih 3.0 adalah alternatif terakhir sekiranya tuntutan itu tidak dilaksanakan.
“Sekiranya semua pilihan tidak dilaksanakan, memang tidak mustahil akan diadakan Bersih 3.0,”
Bersih hari ini melancarkan Kempen Jom 100 bertujuan menarik seramai
mungkin pengundi berdaftar untuk keluar mengundi bagi mencapai sasaran
100 % keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
Pada PRU ke-12 sebelum ini, seramai 8.16 juta rakyat menunaikan
tanggungjawab mereka mengundi untuk memilih wakil rakyat masing-masing.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.