7 Jan 2012

Azmin: Persetujuan asal PKR-Polis tidak menyentuh sekatan yang diumum kemudian

Saya ingin menegaskan bahawa KEADILAN menerima pakai persetujuan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur, Mohamad Salleh yang dimuafakati dan diumumkan selepas mesyuarat bersama pada pagi Jumaat, 6 Januari 2012.

Persetujuan itu tidak menyentuh beberapa sekatan yang diumumkan kemudiannya oleh pihak PDRM.

Oleh yang demikian, saya mengulangi seruan agar semua rakyat turun untuk menunjukkan solidariti dengan Anwar Ibrahim dalam menuntut keadilan dan integriti sistem kehakiman di negara ini, selaras dengan hak berkumpul dan amalan perhimpunan awam yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

*Kenyataan media oleh Azmin Ali (gambar kanan, kanan) selaku Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.