KUALA LUMPUR: Setiausaha Angkatan Muda KEADILAN, Julailey Jemadi memuji anggota akar umbi AMK yang berani melontarkan pandangan membina kepada pimpinan tertinggi AMK sewaktu kongres
sehari di Pulai, Johor 25 November lalu.
Menurutnya, segala teguran itu membantu merapatkan hubungan di antara pimpinan AMK dan ahli-ahli di peringkat akar umbi. Ia juga merupakan satu cerminan jelas semangat
reformasi menyeluruh yang sentiasa ditekankan parti.
“Tahniah kepada pembahas yang melontarkan teguran dan pendangan serta kritikan membina kepada pimpinan AMK. Inilah keterbukaan yang kita harapkan agar kesinambungan
dan ukhwah di antara pimpinan dan ahli disetiap peringkat bertambah kuat.
“Ini adalah pandangan anak muda yang begitu mengharapkan mekanisma baru yang boleh merubah landskap negara.
“Oleh demikian, kongress ini berjaya menyuntik kembali semangat anak-anak muda untuk terus melaksanakan reformasi total. Malah anak-anak muda inilah yang mengimbangi
perjalanan parti agar tidak pincang,” kata Julailey.
Beliau juga yakin dan percaya anak-anak muda AMK benar-benar bersedia berbakti untuk parti dan peranan mereka juga tidak boleh diambil oleh pihak lain.
“Semangat anak-anak muda yang hadir dari seluruh cabang benar-benar memberi impak. Anak muda sekarang sudah bersedia dengan apa sahaja cabaran, kerana anak muda
sekarang ini tidak lagi boleh di pandang enteng,” kata Julailey.
Kongres Nasional AMK berlangsung pada 25 November lalu di Pulai Spring Resorts, Johor Bahru, sehari sebelum Kongres Nasional Tahunan KEADILAN kelapan berlangsung
selama dua hari di tempat yang sama.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.