PULAU PINANG: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang menyifatkan Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin sebagai penakut apabila tidak pernah menyahut cabaran debat mereka di Pulau Pinang selama ini.
Sebaliknya, Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang itu hanya sekadar berani memburuk-burukkan Pakatan Rakyat dalam Perhimpunan Agung Umno yang lalu.
“Pada 7 Mac 2010, Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang mencabar Pemuda Umno Pulau Pinang untuk memperdebatkan ‘Isu Melayu-Islam P.Pinang: Antara Provokasi dan Kebenaran’ tapi sehingga jam 12 malam, mereka tidak juga kunjung tiba di Tapak Ekspo Seberang Jaya.
“Umno Pulau Pinang juga tidak berani, takut dan gentar untuk menerajui kerusi Ketua Menteri semasa era pemerintahan mereka walaupun mempunyai majoriti kerusi,” kata Ketua AMK Pulau Pinang, Amir Ghazali.
Shaik Hussein dalam Perhimpunan Agung Umno lalu menghamburkan kata-kata kesat dan melabelkan KEADILAN, Pas dan penyokong DAP sebagai ‘bapok’, ‘pondan’, ‘bangsat’ dan ‘barua’.
Mengulas lanjut, Amir berkata Pakatan Rakyat Pulau Pinang tiada masa untuk melayan kerenah Umno BN yang gelojoh mahu merampas kuasa dari kerajaan negeri.
“Biarlah rakyat Pulau Pinang sendiri menilai prestasi, prinsip perjuangan, idealisme dan kredibiliti PR selama lebih tiga tahun memerintah negera ini.
“Walaupun Umno dan BN berkokok siang dan malam, memainkan isu rasis, porno dan lucah, rakyat sedar mereka penuh bergelumang dengan pelbagai masalah sejak dulu, kini dan selamanya,” tambahnya lagi.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.