5 Oct 2011

Perantau di Johor 9 Okt

KUALA LUMPUR, 5 Okt: Setiausaha Persatuan Anak-Anak Terengganu di Perantauan (Perantau), Suhaimi Embong berkata, Perantau akan meneruskan siri program makan nasi dagang dan bertemu serta beramah mesra dengan anak Terengganu di perantauan di seluruh negara.
Program akan datang ini adalah di Pasir Gudang, Johor pada hari Ahad, 9 Oktober jam 4.30 petang hingga 6.30 petang.

Katanya, kali ini Johor pula  dipilih sebagai negeri kedua yang akan dilawati  oleh Perantau untuk program jelajah seluruh negara ini untuk beramah mesra dan berdialog serta mendengar pandangan balas berhubung dengan hasrat PAS Ganti Umno di Terengganu.
Ini, katanya kerana Johor dipilih selepas Perak mempunyai keistimewaan yang tersendiri di mana Umno telah sebati dalam kehidupan masyarakat Johor.
Beliau berharap anak-anak Terengganu yang berada di negeri Johor dapat hadir memeriahkan majlis dan berdialog secara langsung dengan kepimpinan Perantau. Untuk mendapat maklumat lanjut, boleh hubungi Sdr Zul@Pok Zul (019-7550778) atau Sukre (013-4363159).
Turut serta dijemput sebagai rakan dialog adalah Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah yang mewakili PAS Terengganu.
sumber : Harakah Daily
 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.