KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara akhirnya dikeluarkan hari ini, selepas 17 hari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Belanjawan 2012 di parlimen.
Kebiasaannya, ia diberikan kepada ahli parlimen ketika pengumuman belanjawan sepertimana terkandung dalam Peraturan Mesyuarat 20 (1), di mana Dewan Rakyat, Speaker dan ahli mesyuarat mesti dibekalkan dengan laporan itu ketika Belanjawan berlangsung.
Kelewatan ini, menimbulkan kecaman ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat, yang menyifatkan ia sebagai usaha untuk tidak membahaskan dan menyorokkan maklumat kandungan laporan audit berkenaan.
Sebelum ini, Belanjawan 2012 juga dibentang tanpa meneliti laporan setengah tahun perbelanjaan dan prestasi kewangan negara sepertimana kebiasaan.
Minggu lalu, Pakatan Rakyat buat pertama kalinya menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengkaji kandungan laporan berkenaan dan punca kelewatan yang sangat ketara.
Jawatankuasa itu akan turut mengkaji dan membandingkan Laporan Ketua Audit Negara dengan laporan lain termasuk laporan Bank Negara Malaysia (BNM) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
sumber : Keadilan Daily
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.