24 Oct 2011

Laporan Audit: MSN beli kuda RM5.66 juta tanpa kelulusan

KUALA LUMPUR 24 Okt: Majlis Sukan Negara (MSN) membeli 23 ekor kuda berjumlah RM5.66 juta secara runding terus tanpa mendapat kelulusan Kementerian Kewangan.
Pendedahan itu dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan hari ini.
Lebih mengejutkan, lapan belas daripadanya yang dibeli bagi menyertai pertandingan ekuestrian dan sukan lasak dikategorikan sebagai tidak layak dan terpaksa diserahkan kepada pelbagai jabatan kerajaan.
Ini kerana kuda-kuda yang dibeli pada 2008 itu gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa atau Federation Equestre  Internationale.

Dari jumlah itu, hanya lima kuda didapati layak untuk memasuki pertandingan di peringkat kejuaraan dunia.
Pemilihan itu dibuat oleh jawatankuasa direktorat World Endurance Championship, yang diketuai ketua pengarah Institut Sukan Negara (ISN), termasuk doktor veterinar, pegawai teknik dan pengurus projek.
Kuda-kuda itu dibeli daripada Equine Centre Sdn Bhd (enam ekor) bernilai RM1.98 juta, El Ranco Country Club (13) dengan harga RM2.48 juta, Royal Terengganu Endurance Stable (dua) pada harga RM0.58 juta Toft Endurance Pty Ltd (dua) dengan nilai RM0.62 juta
Lapan belas kuda yang ‘ditolak’ itu berharga RM3.94 million dan telah diagihkan kepada beberapa agensi kerajaan iaitu Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia  (tiga kuda)Unit berkuda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (tiga), Pusat equestrian Angkatan Tentera (dua), Universiti Putra Malaysia (tiga), Universiti Teknologi  Malaysia (dua), Majlis Sukan Terengganu (dua) dan Royal Terengganu Endurance Stable (lapan)
sumber : Keadilan Daily

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.