HIMPUN merupakan satu perhimpunan yang secara zahirnya dilihat baik. Usaha murni untuk menimbulkan kesedaran kepada umat Islam untuk menangani gejala murtad itu memang telah lama Islam anjurkan.
Namun kita perlu faham bahawa setiap perbuatan yang baik itu tidak semestinya baik. Sebagai contoh Khawarij telah keluar dari kelompok Saidina Ali kerana saidina Ali telah menerima untuk mengadakan majlis tahkim bagi meleraikan pegaduhan dengan Muawiyyah.
Akan tetapi Muawiyah dengan pegangan "tiada hukum melainkan hukum Allah melihat tindakkan Saidina Ali itu tidak tepat." Lantas mereka keluar dari kelompok Saidina Ali. Saidna Ali menyatakan pegangan mereka itu betul tapi apa yang mereka tuntutkan ketika itu melalui pegangan itu adalah kebatilan. Maka pepecahan dalam kalngan umat Islam ketika itu semakin parah.
Antara punca murtad dalam kalangan umat Islam kini ialah pegangan akidah yang sangat lemah, ilmu agama yang kurang, tahap kepercayaan kepada Islam yang nipis dan sebagainya.
Namun yang lagi menyedihkan apabila usaha untuk memberikan kefahaman dan kesedaran itu juga turut disekat dengan beberapa siri penangkapan dilakukan.
Sebagai contoh Dr.Asri ditangkap selepas memberikan kuliah agama di sekitar Selangor dan baru-baru ni Bob Lokman juga turut ditangkap atas alasan tiada tauliah dan sebagainya.
Tindakan PAS untuk menarik diri dari HIMPUN itu dilihat positif. Ini kerana Islam memang mengharamkan kita menajamkan hubungan antara muslin dengan non-muslim.
Sepatutnya kita perlu mendekati non-muslim dengan mengajak mereka mengenal Islam bukannya melakukan aktiviti yang boleh menakutkan mereka. Maka tindakan pemuda PAS untuk bersama HIMPUN perlulah dikaji semula demi kemaslahatan umum yang boleh memberikan manfaat yang lebih kepada seluruh rakyat Malaysia.
Untuk menangani masalah murtad ini kita perlulah selesaikan masalah dari punca utama yang melibatkan jabatan agama Islam. Tindakkan berhimpun itu baik dari segi zahir namun kesannya akan menyebabkan non-muslim (mad'u) akan lebih jauh dari Islam.
*Kenyataan oleh Mohd Syahid Bin Mohd Zaini (gambar kanan) selaku YDP Majlis Perwakilan Mahasiswa, Universiti Malaya.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.