(Oleh: Ahmad Fadli)
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekali lagi berpihak kepada pendakwaraya apabila membuat keputusan mengenepikan permohonan sepina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya daripada menjadi saksi perbicaraan Fitnah II.
Keputusan itu dibuat hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pagi ini.
Zabidin memutuskan mereka tidak relevan dan bukan saksi utama dalam perbicaraan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.
Sehubungan itu, Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor tidak akan tampil ke mahkamah sebagai saksi peguam bela dalam kes berkenaan, meskipun sebelum ini secara terbuka menyatakan akan hadir jika disepina oleh mahkamah.
Keputusan itu dilihat berat sebelah kerana pengadu dalam kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan sebelum ini mengaku pernah bertemu Najib empat hari sebelum membuat laporan polis diliwat Ketua Pembangkang pada 28 Jun 2008.
Pertemuan itu diaturkan oleh pembantu khas Najib-yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri- Datuk Khairil Anas Yusof.
Rosmah pula mengaku pernah menemui Mohd Rahimi Osman, sahabat karib kepada Saiful Bukhari. Manakala Saiful turut berjumpa dengan bekas pembantu khas Rosmah, Datuk Mumtaz Jaafar.
Malah pasangan suami isteri itu juga pernah ditemubual pegawai penyiasat dalam kes berkenaan, DSP Judy Blacious Pereira.
Justeru pasukan peguam berpendapat mereka adalah saksi relevan dan memohon mengeluarkan sepina dan hadir memberi penjelasan mengenai pertemuan yang diaturkan dengan Saiful.
Najib dan Rosmah diwakili peguam Ghazi Ishak, Hisyam Teh Poh Teik, Salehuddin Saidin, M Athimulan dan Affifuddin Mohd Afifi.
Pada Ogos lalu, peguam Anwar cuba mewawancara Najib dan Rosmah, namun mereka datang secara senyap-senyap ke mahkamah dengan menyatakan enggan menjadi saksi perbicaraan dan hanya akan hadir jika mahkamah mengeluar sepina.
Namun apabila sepina dikeluarkan, mereka meneruskan sikap berdolak dalik apabila memilih untuk mengenepikannya.
Sebelum ini, Najib juga dengan angkuh menyatakan ‘Anwar akan demam’ jika maklumat mengenainya dibongkar, dalam satu cabaran debat yang diutarakan Ketua Umum KEADILAN itu.
Pada perbicaraan kes Fitnah I, perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad juga enggan hadir sebagai saksi, meskipun secara terbuka menuduh Anwar melakukan liwat dan mengaku bertemu dengan mangsa berkenaan.
sumber : Keadilan Daily
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.