22 Sept 2011

SPR akui daftar 80,000 warga asing sebagai pengundi- Malek Hussin

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua NGO Malaysia untuk Pilihan Raya bebas dan Adil (Mafrel) mengakui Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Rahman memainkan peranan mendaftarkan pengundi dengan kad pengenalan palsu.
Abd Malek Hussin berkata, jumlah warga asing yang didaftarkan sebagai pengundi itu adalah 80,000 iaitu lebih ramai daripada apa yang dilaporkan kabel WikiLeaks iaitu sebanyak 60,000.

Bagaimanapun Malek berkata WikiLeaks tersilap memetik kenyataannya bahawa SPR mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan kepada pekerja asing di Sabah.
“Kabel Wikileaks salah petik saya. Bagaimana dia boleh mengeluarkan kad pengenalan? Itu tanggungjawab JPN. Beliau bercakap mengenai rakyat asing dengan kad pengenalan yang didaftarkannya,” kata Malek seperti dilapor Malaysiakini.
The New Straits Times hari ini melaporkan penafian Rashid dan berkata beliau “tidak ada kena-mengena” dengan pengeluaran kad pengenalan itu.
Malek bersetuju bahawa tidak mungkin Rashid berbuat demikian kerana peranan suruhanjaya itu adalah bertanggungjawab mendaftar pengundi, menentukan persempadan pilihan raya dan mengendalikan pilihan raya.
Wikileaks baru-baru ini mendedahkan, Abdul Rashid mengakui kepada Malek bahawa pihaknya pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu  kepada pekerja asing di Sabah sekitar 90-an, atas arahan Umno.
Dalam kabel yang sulit itu, Malek juga dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid mengesahkan Umno melancarkan kempen ‘kotor’  untuk merampas Sabah dari pembangkang pada 1994.
“Sepanjang dekad berkenaan, Umno memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing (kebanyakan beragama Islam dari Indonesia dan Mindanao di Filipina) di Sabah, sebagai pertukaran untuk undi mereka pada pilihan raya negeri,” kabel itu dipetik.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=20767

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.