KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 29 September bagi mendengar permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, untuk mengetepikan sepina yang mengkehendaki mereka hadir memberi keterangan pada perbicaraan kes liwat II.
Perkara itu diputuskan selepas Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan peguambela Anwar Sankara Nair bertemu di kamar hakim, Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Najib dan Rosmah mengemukakan permohohan mereka semalam dengan empat peguam mewakili pasangan itu.
Anwar semalam menyelar tindakan Najib yang disifatkan beliau ‘berundur sebelum bertempur’.
Najib dan Rosmah sangat dikehendaki sebagai saksi dalam kes fitnah berkenaan.
Ini kerana pengadu dalam kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan sebelum ini bertemu Najib empat hari sebelum membuat laporan polis kononnya diliwat ketua pembangkang itu pada 24 Jun 2008.
Najib juga mengaku bahawa Saiful bertemu dengannya pada 12 Febuari 2008 untuk mendapatkan permohonan biasiswa.
Dalam keterangannya di mahkamah pada 10 Mei 2010, Saiful juga mengaku berjumpa dengan Datuk Mumtaz Jaafar, pembantu khas Rosmah.
Pada Januari lalu, ketika desakan supaya Najib menyahut cabaran berdebat dengan Anwar berhubung Buku Jingga, Najib berkata Anwar akan ‘demam’ jika maklumatnya dibongkar.
sumber : Keadilan Daily
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.