KUALA LUMPUR, 21 Dis: Pemuda PAS Selangor berasa
lucu dengan tindakan ‘kebudak-budakan’ dan tidak bertamadun puak-puak
Umno dan rakan sekutu mereka seperti Perkasa, GPMS, Majlis Belia dan
lain-lain yang berterusan mengecam dan mengancam Adam Adli kerana
menurunkan bendera bergambar Najib baru-baru ini.
Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, Umno kini sudah kehilangan
arah perjuangan yang sebenar sehingga terlalu memuliakan pemimpin mereka
sehingga ke tahap yang tidak sepatutnya.
“Adakah tindakan meminta permohonan maaf Adam Adli lebih diutamakan
atau penipuan dan kezaliman Umno terhadap rakyat yang perlu dihentikan?
“Apakah tindakan Adam Adli menurunkan gambar Najib terlalu ekstrem
sehingga boleh merosakkan aqidah orang-orang Umno?” soalnya dalam
kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya, pihaknya merasakan Umno kini semakin pelik dan perjuangan
parti itu hanya untuk mempertahankan individu tertentu sahaja dan bukan
untuk rakyat jelata.
Jelaslah, ujarnya Umno dan Barisan Nasional kini sudah tidak boleh
diharapkan untuk menjaga agama, bangsa dan negara ini apabila rakyat di
semua peringkat semakin menolak pendekatan politik dan dasar perjuangan
mereka.
Pemuda PAS negeri, ujar beliau mengucapkan tahniah kepada mahasiswa
dan mahasiswi yang telah bangkit menuntut penghapusan Akta Universiti
dan Kolej Universiti (Auku) serta mempertahankan hak mereka.
Pihaknya juga, kata beliau berharap pihak Polis Diraja Malaysia
(PDRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap Umno dan rakan sekutu
mereka yang terus-terusan memberi tekanan dan ancaman secara terbuka
kepada Adam Adli dan para mahasiswa.
“Adakah mereka ini ‘kebal’ daripada undang-undang Malaysia sehingga
boleh menumbuk dan memberi ancaman kepada orang lain secara terbuka?”
soalnya. |
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.