Apa hal pula dengan bakal MB Kelantan yang tidak jadi, Awang Adek
Hussein? Khabarnya Awang Adek ada terlibat dengan satu siasatan SPRM?
Saya mendengar ceritanya malam tadi dari orang kuat Umno bahagian
Bachok. Hairan juga kenapa orang Umno bercerita begitu hal Awang Adek
Hussein. Apakah Awang Adek ada masalah dengan Umno Bachok?
Barang kali cerita itulah ada kena mengena dengan penjelasan Awang
Adek hari ini yang mengakui dia memang ada menerima wang tunai menerusi
akaun peribadinya. Katanya sumbangan itu untuk program parti.
Betullah sumbangan untuk program parti. Kata Awang Adek sumbangan itu
menerusi tiga akaun peribadinya. Wang itu diuruskan oleh seorang
pegawai peribadinya dan dia tahu dari mana dan untuk apa. Beliau juga
ada pegang transaksi wang berkenaan. Jadi halallah wang itu?
Baguslah begitu kalau semuanya ada bukti yang jelas. Cuma yang
mungkin menjadi persoalan kenapa segala bukti itu hendak ditunjukkan
kepada SPRM. Tidak bolehkan kalau Awang Adek tunjukkan kepada umum
menjawab persoalan yang sedang rancak diperkatakan kini. Selagi Awang
tidak tunjuk orang boleh membuat berbagai tanggapan buruk kepadanya.
Kalau benar wang sumbangan bentangkan kertas putih.
Pada saya elok kalau Awnag Adek senaraikan syarikat atau individu
yang memberi sumbangan kepadanya. Dengan penjelasan orang akan tahu
apakah wang itu ada 'berjibuh" dengan apa-apa kelulusan projek oleh
kementeriannya ataupun wang suka hati atau wang hasil pajakan kebun
durian di Bachok? Berapa banyak kebun Awang Adek di Bachok dan Tok Bali?
Dari apa yang Awang Adek jeaskan itu dapatlah difahamkan kenapa
kebanyakan pemimpin Umno bermewah membelanjakan wang rakyat. Rupanya
bukan wang mereka sendiri tetapi wang yang dikutip dari pelbagai
sumbangan. Yang menjadi soal pula kenapa orang yang menyumbang itu baik
sangat. Saya rasa mereka tidak menjadi semurah itu kalau tidak ada
apa-apa imbuhan dan balasannya. Lumrahnya ada ada ubi kerana ada batas.
Sumbangan itu tentulah tidak seperti mana kita menghulurkan derma
kepada peminta sedekah di kedai-kedai mamak atau di tepi jalan. Kalau
menerusi akaun itu pasti banyak jumlahnya. Bagi saya juga berani Awang
Adek memberi nombor akauannya untuk dimasukkan wang. Lain lain terimalah
dalam bentuk cash kerana pemberian secara tunai tidak ada dokumen
tranksasi. Atau pun bagi nombor akaun orang lain, atau pun transitkan
wang itu ke beberapa akaun lagi baru akhirnya dicashkan untuk program
parti.
Masakan Awang Adek tidak belajar dengan mereka yang licit dan bijak
melarikan wang menerusi tranksasi bank? Kalau Awang Adek nak tahu salah
seorang mereka saya boleh tunjukkan. Lagi pun orang itu pernah mengaku
dia mendapat biaya (projek) pilihan raya daripada Awang Adek. Nak tahu,
tanyalah saya?
Bila ada transksi menyebabkan mudah untuk pihak berkuasa seperti
SPRM, polis dan sebagainya membuat semakan. Apa yang menimpa Awang Adek
ini menyerabutkan dirinya. Pasti malam tidak dapat tidur atau pun
tersintak kalau telefon berbunyi takut-takut panggilan dari pegawai SPRM
minta datang memberi kenyataan.
Didoakan hendaknya tidak akan berlaku sesuatu yang buruk kepada
bekas bakal MB itu. Dalam saat pilihan raya umum ke-13 kini berganjak
mendekati rakyat, janganlah Awang Adek berbelit dengan masalah-masalah
siasatan SPRM, buruk sangat jadinya. [wm.kl.1:09 pm 21/12/11]
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.