KUALA LUMPUR, 21 Dis:
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dijangka akan mengemukakan cadangan
kepada Perdana Menteri samada meletakkan jawatan sebagai Menteri
Pembangunan Wanita dan Keluarga atau tidak.
"Tidak ada siapa yang perlu memberitahu saya apa yang perlu saya buat.
"Sebagai
pemimpin yang bertanggungjawab dan sudah matang dalam politik dan
sayang kepada Barisan Nasional (BN), saya tahu apa yang patut saya buat
dan saya akan bincangkannya dengan Datuk Seri Najib," kata Sharizat
kepada wartawan hari ini.
Shahrizat mengulas desakan pelbagai
pihak dalam Umno yang meminta beliau meletakkan jawatan termasuk bekas
perdana menteri, Tun Dr Mahathir.
Pakatan Rakyat pula membuat pendedahan demi pendedahan ekoran skandal ini.
Terbaru, keluarga Shahrizat didakwa membeli sebuah kondo mewah di Singapura dengan harga hampir RM10 juta.
Namun hari ini Shahrizat juga berkata, dia hanya seorang isteri kepada pengerusi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
"Saya
hanya isteri kepada Pengerusi NFC. Semua wanita ada keluarga dan
suami," kata beliau kepada wartawan cuba mempertahankan diri bahawa
beliau tidak bersalah dalam skandal ini.
Sebelum ini, Timbalan
Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, Shahrizat bukanlah orang yang
bertanggungjawab sepenuhnya dalam skandal ini kerana dia bukanlah
menteri yang menjaga hal ehwal pertanian.
"Yang benar-benar
bertanggungjawab adalah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika
itu iaitu Tan Sri Muhyidin Yassin," kata Mohamad.
Oleh itu, yang
paling bertanggungjawab dalam skandal ini adalah Muhyidin dan bukannya
Shahrizat walaupun tetap bersalah kerana tidak menjaga kepentingan
negara dalam kes ini. |
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.