7 Dec 2011

Selangor alu-alukan pandangan rakyat

KUALA LUMPUR, 7 Dis: Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor menjunjung konsep kerajaan yang telus dan terbuka serta menghargai dan mengalu-alukan sebarang pandangan rakyat.
“Bertolak dari semangat itu, saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan hasrat penduduk di Kampung Pandan dan di kawasan-kawasan sekitar untuk membantah pemasangan papan iklan unipole di tapak kosong di sebelah Kompleks IKS Kampung Pandan iaitu di sebelah Jalan Lingkaran Tengah 2 atau MRR2,” kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar Abdul Samad.
Beliau yang juga Adun Chempaka difahamkan penduduk akan mengadakan satu sidang akhbar di tapak tersebut pada 8 Disember (esok) pada jam 10.30 pagi.
“Sebagai Ahli Dewan Negeri kawasan tersebut, saya sentiasa akan menitikberatkan kepentingan penduduk.
“Oleh itu, saya bersedia memberi sokongan kepada bantahan penduduk sekiranya ianya wajar,” jelasnya dalam satu kenyataan.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.