KUALA LUMPUR, 18 Dis: Ketua Puteri Umno Kampung Banggol
Donas, Ruhani Hassan yang telah mengisytharkan keluar Umno dan
menyertai PAS pada 9 Disember lalu, kini mula tampil di pentas ceramah
PAS bagi menjelaskan segala ketidakadilan yang berlaku dalam BN.
Bertempat
di Dataran Pasar Maras di Batu Rakit di Terengganu baru-baru ini beliau
menjelaskan beliau serta 80 orang yang lain menyertai PAS adalah kerana
rumah mereka bakal drobohkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional
(BN).
“Rumah kami bakal diroboh, melibatkan 22 buah rumah
kediaman di kampong Banggol Donas, hanya untuk pembinaan susur (keluar)
lebuhraya dari Jeram ke Teluk Pasu," katanya yang dipetik Buletinonline.
Ruhani
yang pernah dilantik sebagai ketua puteri dan ahli jawatankuasa Umno
Bangol Donas dari tahun 2000 hingga 2008 berkata, beliau pernah membawa
isu rumah penduduk yang bakal diroboh untuk dibncangkan dalam mesyuarat
cawangan, namun ditolak tanpa sebarang alasan.
Ekoran itu beliau
mengambil sikap meninggalkan mesyuarat tersebut dan tawar hati dengan
sikap Umno yang tidak mempedulikan kesusahan rakyat.
Sambil
menyifatkan Umno sebagai ‘tuli’ dan 'pekak', beliau telah nekad untuk
menentang projek itu biarpun berdepan pelbagai dugaan dan cabaran dari
dalaman parti sendiri.
“Inilah titik tolak puncanya saya tidak berpuas hati dengan Umno (yang) tidak mahu mendengar masalah yang dialami ahli-ahlinya,
“Inilah dasar kerajaan (Umno yang) pekak, kerajaan tuli sebenarnya,”katanya tidak puas hati.
Namun
ujarnya, Umno kemudian bukan sahaja menggunakan Jawatankuasa Kemajuan
dan Keselamatan Kampung sebagai alat untuk mengugut, bahkan
memperalatkan para pegawai dan pasukan keselamatan.
“Kami
bersepakat membantah pengambilan tanah yang tidak mengikut peraturan,
bermacam-macam dugaan dan cabaan yangkami hadapi tanpa sebarang notis
yang dikeluarkan,
“(namun) kontraktor terus membuat kerja dan
menggunakan agen-agen seperti JKKK, pegawai pejabat tanah, tok penghulu,
bahkan polis juga mereka bawa ke kampung kami, untuk memujuk, mengugut
dan memperdaya orang kampung,” jelas Ruhani.
Beliau meluahkan perasaannya yang telah jemu, meluat, loya dan macam-macam lagilah rasa benci kepada Umno dan Barisan Nasional.
Justeru,
Ruhani dengan tegas menyatakan pendrian beliau dan rakan-rakannya, akan
terus mempertahankan tanah mereka, walau apa jua halangan yang
mendatang.
Beliau menyeru kepada seluruh rakyat supaya menolak
Umno dan Barisan Nasional, memenangkan PAS serta Pakatan Rakyat dalam
pilihanraya akan datang.
“Saya berikrar dalam diri saya akan
menolak Umno dan marilah kita bersama-sama berganding bahu menentang
kezaliman umno. Umno tidak lagi memenuhi (hati) rakyat Terengganu.
“Jangan
mudah terpedaya dengan janji-janj yang dilafazkan (oleh Umno) kerana
ini semua adalah gimik kepada (untuk) Umno untuk mencari kemenangan
kepada PRU yang ke-13,” tegasnya.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.