SURAT FMT
Dari Penduduk S’gor prihatin, melalui e-mel
Saya merujuk kepada artikel di Sinar Harian bertarikh 26 Sept 2011 bertajuk “Politik Matang dan Desperado”. Penulis artikel tersebut menulis:
“Kenapa tidak melihat rumah pimpinan mereka seperti rumah Menteri Besar Selangor sekarang? Adakah wajar kita menuduh beliau mengambil duit PNB dan Guthrie semasa menjadi pemimpin organisasi tersebut”
Saya rasa perbandingan MB Selangor dengan Jamil Khir Baharom tidak adil dan tidak tepat. Ini adalah kerana:
- Rumah Tan Sri Khalid dibina sebelum beliau menjadi MB Selangor. Khalid mempunyai sejarah karier dalam sektor korporat dan berjaya menjadi seorang yang kaya hasil dari usaha beliau.
- Sejelasnya, Khalid membina kekayaan beliau dengan jalan halal dan tiada keraguan. Tiada siapa yang berani mempersoalkan dari mana hasil kekayaan beliau datang.
- Berbanding rumah Jamil Khir Baharom, ia diubahsuai selepas beliau menjadi Senator dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
- Dianggarkan nilai rumah Datuk Jamil Khir Baharom di sekitar RM5 juta ringgit.
- Mustahil beliau dapat membina rumah sebegitu mahal dengan elaun yang beliau dapat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri
- Seharusnya, Jamil Khir Baharom mesti menjawab di mana beliau mendapat wang untuk membina rumah sebegitu mahal terutamanya selepas beliau menjadi Senator dan Menteri Penuh di Jabatan Perdana Menteri.
Maka, tiada asas untuk penulis artikel tersebut membanding rumah Jamil Khir dengan rumah MB Selangor. Hasil kekayaan Menteri Besar Selangor jelas dan tidak pernah dipersoalkan sesiapa. Perkara yang sama tidak boleh dikatakan untuk Jamil Khir.

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.