Sekarang, Barisan Nasional merupakan kerajaan tertua di dunia yang masih berkuasa dengan rekod yang tidak pernah digugat. Gabungan asal BN, Perikatan mula memenangi pilihan raya persekutuan bagi pemerintahan sendiri pada 1955.
Usia panjang BN memegang kerajaan adalah kerana kejayaannya memanipulasi amalan habuan dan rotan.
Habuan merangkumi pelbagai kontrak besar kerajaan diberikan kepada taikun-taikun serta penguasaan terhadap penduduk luar bandar yang menjadi kubu UMNO, sementara rotan pula besar saiznya – pihak yang membantah kerajaan akan disumbat ke dalam tahanan tanpa bicara untuk bertahun-tahun lamanya manakala media massa pula dikekang.
Tetapi ada sesuatu yang lebih mendalam: ketiadaan alternatif.
Atau lebih tepat lagi, penggunaan sebenar habuan dan rotan adalah bagi mengekang kewujudan gabungan speerti BN.
Daripada melawan hanya satu pembangkang, BN telah mencipta satu keadaan di mana wujudnya dua barisan – PAS untuk orang Islam dan DAP untuk bukan Melayu – dan meletakkan BN di tengah-tengah sebagai gabungan palsu yang kononnya mengambil jalan tengah bagi memenuhi keperluan dan kepentingan semua kaum, agama dan melangkaui daerah serta sempadan.
Tanpa sistem pilihan raya yang bebas dan adil serta media massa yang adil, sebaik sahaja mana-mana gabungan sederhana yang mengambil jalan tengah, ia akan dimusnahkan oleh BN tanpa belas kasihan.
Pilihan raya tahun 1964, 1974, 1982, 1995, dan 2004 menyaksikan peralihan besar dari semua kumpulan etnik untuk menyokong BN atas pelbagai sebab. Pilihan raya 1978 dan 1986 menyaksikan BN telah memenangi hati semua kaum tetapi kehilangan sebahagian besar pengundi etnik Cina.
Peralihan besar anti-kerajaan daripada pelbagai kaum dalam pelbagai sudut pula berlaku pada pilihan raya 1959, 1969, 1990, dan 2008. Pilihan raya 1999 merupakan peralihan yang lain dari yang lain di mana pengundi Melayu memihak kepada pembangkang manakala lebih 50 peratus kumpulan yang sepatutnya anti-kerajaan telah mengundi BN kerana takut kepada tuntutan Negara Islam dan juga kerana pengaruh keganasan anti-Suharto di Indonesia sewaktu reformasi.
Pengaruh kuasa de facto BN dengan struktur dua barisan pembangkang hampir-hampir pecah dalam pilihan raya umum 1990 sehinggalah pada hari-hari terakhir kempen bila BN menggambarkan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengkhianat Melayu, hanya kerana beliau memakai penutup kepala (sigah) Kadazan dengan simbol yang kelihatan seperti lambang salib. Pada waktu itu, majoriti etnik Cina bersama lebih separuh dari masyarakat Melayu sudah bersedia, secara psikologinya, untuk mengubah kerajaan.
Sejak pilihan raya umum 2008, formula BN untuk memenangi pilihan raya seterusnya adalah dengan tidak mengiktiraf realiti dua gabungan parti yang mana mereka hanya menerima 51 peratus undi popular. Malah, hanya 49 peratus sahaja pengundi di Semenanjung Malaysia yang memilih BN.
Sebaliknya, selain dari mengekang pembangkang daripada sebarang sumber dan liputan media yang adil, BN telah melaksanakan strategi serampang tiga mata: menghancurkan kredibiliti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri bayangan dengan apa cara sekali pun, mengumpan pemimpin PAS ke dalam wacana sempit Melayu/Islam, dan mengambarkan DAP sebagai penjahat ekstemis.
Terbukti, bukanlah perkara yang kecil bahawa lebih tiga tahun sejak pembentukan Pakatan Rakyat kesan dari pilihan raya 2008, Pakatan telah dan setakat ini masih dapat mempertahankan Jalan Tengah Malaysia.
Saluran media alternatif dewasa ini lebih matang berbanding dua dekad lalu manakala 70 peratus daripada rakyat Malaysia kini tinggal di kawasan bandar yang telah memberi pendedahan dan akses yang luas. Pada tahun 1980, hanya 35 peratus daripada penduduk Malaysia tinggal di kawasan bandar.
UMNO telah pun memberi Jalan Tengah Malaysia kepada pembangkang sejak Hishammuddin Tun Hussein melambai keris pada Julai 2005. Kini, yang menetapkan dasar-dasar UMNO adalah sayap pelampaunya.
Dan, syukurlah kerana Pakatan Rakyat terus bersama bergerak atas Jalan Tengah Malaysia. – Roketkini.com
Penulis adalah Ahli Parlimen Bukit Bendera merangkap Setiausaha Antarabangsa DAP
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.