26 September 2011
Setiausaha Antarabangsa DAP Liew Chin Tong berkata, usaha mendapatkan pengiktirafan itu perlu dicapai melalui cara yang sah di segi undang-undang, di samping mesti berlaku perubahan sebenar di pihak Israel.
Dengan itu, katanya, DAP mendesak Israel supaya menghentikan serta-merta pembinaan kawasan penempatan yang menjangkau sempadan 1967 yang telah diputuskan oleh Majlis Keselamatan PBB sebagaimana yang termaktub dalam Resolusi 465 yang diluluskan pada 1980.
Beliau menjelaskan, resolusi PBB itu menuntut Isreal supaya “merobohkan penempatan yang sedia ada” di samping menegaskan bahawa semua usaha untuk mengubah kedudukan geografi dan demografi di wilayah yang diduduki sejak 1967 adalah tidak sah di segi undang-undang, dan dengan itu, melanggar undang-undang antarabangsa.
“Ini perlu dikuatkasakan dengan semua cara yang ada secepat mungkin. Perjuangan rakyat Palestin untuk mendapatkan negara sendiri mesti diteruskan melalui cara yang sah tetapi tidak akan berlaku sebarang kemajuan tanpa tanda sokongan dari Israel sebagai rakan dialog dalam proses damai itu.
“Israel boleh membuktikan keikhlasannya dengan memainkan peranan melalui penguatkuasaan Resolusi 465 Majlis Keselamatan PBB. Hanya dengan tanggungjawab bersama generasi masakini, kita akan dapat melihat perdamaian dan keamaan dicapai di Timur Tengah,” katanya. – Roketkini.com
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.