| Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 16 Okt: Kerajaan Negeri Kelantan menggesa Pusat segera menjelaskan hutang tertunggak RM9.4 bilion kepada negeri itu. Menurut Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa, anggaran hutang merangkumi RM7 bilion bagi hasil royalti minyak dan RM2.4 bilion bagi pampasan kawasan Taman Negara."Jumlah itu besar dan Kerajaan Pusat sepatutnya bertanggungjawab dengan perkara ini," katanya seperti dipetik Sinar Harian. Beliau dilapor berkata demikian semasa menjadi berucap di Majlis Forum Rakyat di Balai Islam di Kota Bharu, yang turut dihadiri Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said. |
16 Oct 2011
Pusat hutang Kelantan RM9.4 bilion
Tegak Islam bukan kerja main-main
| Khairul Azlam Mohamad |
KUALA TERENGGANU, 16 Okt: PAS mengingatkan orang Melayu Islam di negara ini agar berpegang kepada kerajaan yang berasaskan ajaran Islam.Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan orang Melayu yang beragama Islam mesti berpegang kepada ajaran Islam. Justeru, katanya kerja-kerja menegakkan Islam serta ajarannya bukan suatu kerja ‘main-main’. "Kerja (tegak Islam) ini bukan kerja main-main, kerja ini kerja tuntutan daripada Allah SWT. Allah memerintahkan manusia jalankan keadilan," jelasnya. |
Kerajaan terus bermusuh dengan MTUC?
KUALA LUMPUR, 16 Okt: Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar (LPAS) Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta kerajaan mendengar keluhan serta pandangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang membantah pindaan Akta Kerja 1955.
Pengerusinya, Mohd Firdaus Jaafar berkata, MTUC mempunyai asas yang kukuh membantah Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011 yang telah dibentang dan diluluskan di Parlimen baru-baru ini.
“LPAS berpendapat kerajaan sepatutnya berbincang dahulu dengan pelbagai peringkat terutama golongan pekerja serta kesatuan sekerja bagi mendapatkan pandangan sebelum membentangkan Rang Undang-Undang Akta Kerja. Ini kerana ia melibatkan hak dan kepentingan golongan ini,” katanya kepada Harakahdaily.
Pengerusinya, Mohd Firdaus Jaafar berkata, MTUC mempunyai asas yang kukuh membantah Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011 yang telah dibentang dan diluluskan di Parlimen baru-baru ini.
“LPAS berpendapat kerajaan sepatutnya berbincang dahulu dengan pelbagai peringkat terutama golongan pekerja serta kesatuan sekerja bagi mendapatkan pandangan sebelum membentangkan Rang Undang-Undang Akta Kerja. Ini kerana ia melibatkan hak dan kepentingan golongan ini,” katanya kepada Harakahdaily.
PAS terpaksa tanggung kerakusan Umno
KUALA LUMPUR, 16 Okt: PAS Kedah bersikap terbuka terhadap segala kritikan dan berusaha menyelesaikan masalah rakyat, namun tidak adil apabila segala beban yang ditinggalkan Kerajaan BN terdahulu terpaksa ditanggung mereka.
Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria berkata demikian merujuk kepada kes tanah penduduk di Padang Sanai, yang diterokai sejak 70-an diceroboh oleh syarikat perladangan yang disenaraikan di Bursa Malaysia.Menurutnya, pihaknya sedang berusaha membantu penduduk walaupun sebenarnya ia berpunca daripada kerakusan BN suatu masa dahulu.
Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria berkata demikian merujuk kepada kes tanah penduduk di Padang Sanai, yang diterokai sejak 70-an diceroboh oleh syarikat perladangan yang disenaraikan di Bursa Malaysia.Menurutnya, pihaknya sedang berusaha membantu penduduk walaupun sebenarnya ia berpunca daripada kerakusan BN suatu masa dahulu.
15 Oct 2011
Agong ke-14: Tahniah Sultan Abdul Halim
| Harakahdaily |
| KUALA LUMPUR, 15 Okt: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Kedah mengucapkan tahniah kepada Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (gambar) yang dipilih Yang di-Pertuan Agong ke-14 oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya di Istana Negara, di sini, semalam. “Saya mewakili ahli Parlimen Pakatan Rakyat Kedah mengucapkan tahniah di atas pengisytiharan Majlis Raja-Raja memilih Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong. |
Sambutan 60 Tahun PAS Wilayah 16 Okt
| Harakahdaily |
![]() KUALA LUMPUR, 15 Okt: PAS Wilayah Persekutuan akan mengadakan Konvensyen Sempena 60 Tahun PAS esok, 16 Oktober di Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM), Taman Melewar, Gombak. Pengarah program, Salbiah Abd Wahab berkata, seminar yang bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang itu diisi dengan pembentangan kertas kerja sebagai persiapan dan pengukuhan organisasi menghadapi pilihan raya. “Kita serius untuk memacu kemenangan menuju ke Putrajaya. |
Akta Murtad, mujurnya kalau Umno sokong!
| Mohd. Nasir Awang |
| Jika tidak kerana keegoan Umno yang terlampau mengutamakan sentimen politik, pada adatnya negara kita sudah pun memiliki undang-undang khusus menangani gejala murtad. Paling lewat pun pada sekitar awal 90-an dulu, sudah ada usaha secara serius dan bersaluran oleh PAS untuk membuka jalan perbahasan secara positif dan signifikan ke arah penggubalan suatu undang-undang berkaitan murtad. Ahli Parlimen PAS dari Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, ketika itu sebagai Timbalan Presiden PAS telah memohon membawa usul yang dinamakan Rang Undang-Undang Persendirian (Murtad) di Dewan Rakyat. Malangnya, usaha sebegitu baik gagal disempurnakan. Ia ditolak sedari awal dan tidak diberi laluan untuk dibahaskan. Punca utama ialah apabila ia tidak mendapat sokongan daripada walau seorang pun menteri, khususnya menteri dari Umno yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Sedangkan menurut aturan dan peraturan diterimapakai Parlimen, sesuatu rang undang-undang yang hendak diterima untuk dibahaskan mestilah dikemukakan oleh seorang menteri dan disokong oleh seorang menteri lain. |
Subscribe to:
Posts (Atom)
KUALA LUMPUR, 16 Okt: Kerajaan Negeri Kelantan menggesa Pusat segera menjelaskan hutang tertunggak RM9.4 bilion kepada negeri itu. Menurut Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa, anggaran hutang merangkumi RM7 bilion bagi hasil royalti minyak dan RM2.4 bilion bagi pampasan kawasan Taman Negara.
KUALA TERENGGANU, 16 Okt: PAS mengingatkan orang Melayu Islam di negara ini agar berpegang kepada kerajaan yang berasaskan ajaran Islam.
