
Sebelum ini Jingga 13 membuat laporan polis dan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan skandal NFC yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Namun sehingga kini pihak berkuasa tersebut masih gagal mengambil sebarang tindakan berhubung laporan itu yang menyelewengkan RM250 juta wang rakyat.
Kempen yang dijangka akan dilancarkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pandan, Kuala Lumpur pada 22 Disember ini.
Fariz menambah, pihak media turut dijemput untuk menyertai rombongan yang akan dibuat ke dua lot tanah di Putrajaya oleh Keluarga Shahrizat di Presint 10, Ahad ini.
“Kita (Jingga 13) telah mengenalpasti tanah tersebut dan akan kesana,” katanya yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.
Kempen tersebut turut dimuatkan di blog, gerakanmarah.blogspot.com, dan laman sosial Facebook – Marah.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.