15 Dec 2011

Pusingan akhir Fitnah II: Peguam bidas hujah pendakwa raya

KUALA LUMPUR 15 Dis: Kes perbicaraan Fitnah II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki pusingan terakhir apabila peguam hari ini mengemukakan hujah balas terhadap penggulungan akhir pihak pendakwaan, sebelum keputusan diumumkan.
Antara isu yang dijangka ditumpukan pasukan peguam bela Anwar hari ini ialah kredibiliti tiga saksi pakar pembelaan yang dipertikaikan ketua pendakwaan, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden semasa penggulungannya Selasa lalu.
Pakar berkenaan ialah Dr Thomas Hoogland yang memeriksa kecederaan tulang belakang Anwar pada 2005,  dan mengesahkan ketidakupayaan Anwar melakukan aksi fitnah berkenaan.

Manakala dua lagi ialah pakar DNA Dr Brian McDonald dan pakar forensik, Dr David Wells.
Isnin lalu, peguam Anwar, Karpal Singh ketika menggulung hujah turut mendesak mahkamah memanggil semula bekas Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina dan pengadu,Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi memastikan keputusan perbicaraan dilakukan dengan adil.
Menurut Karpal, hakim perlu meneliti keterangan pembelaan yang dibuat Anwar dari kandang tertuduh sebagai rujukan terhadap bukti yang dibentangkan sepanjang perbicaraan.
Karpal juga menegaskan adalah mustahil Saiful menuruti semua arahan Anwar ketika kejadian itu berlaku, dan mempunyai banyak peluang untuk melarikan diri tetapi tidak berbuat demikian.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.