20 NOV — Pemimpin-pemimpin politik negara kita tidak pernah berhenti daripada mencuit hati rakyat dengan kelakuan dan gelagat mereka. Saban hari, ada sahaja kenyataan mahupun perlakuan yang ditonjolkan mereka sehingga segala gerak-gerinya menjadi buruan pihak media.
Malah tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa pemimpin-pemimpin politik merupakan orang kedua paling dikehendaki dalam senarai pihak media selepas golongan artis.
Lazimnya, kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan itu pula bukannya calang-calang kenyataan biasa tetapi kenyataan yang boleh mengundang kontroversi.
Trend berkenaan bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana dari awal lagi, pemimpin politik sedar apa yang patut dicakap dan apa yang tidak sepatutnya keluar dari mulut mereka.
Kerana wujudnya kontroversi inilah, yang akan membolehkan nama dan imejnya terus menjadi sebutan media-media tempatan. Dalam konteks ini, sudah pasti yang mendapat laba menerusi kontroversi sedemikian adalah pihak media. Sudah tentu, lebih banyak kontroversi yang ditimbulkan, lebih banyaklah artikel yang boleh dihasilkan. Tugas media hanyalah untuk melaporkan yang dikatakan oleh si pelaku.
Terbaru, seorang pemimpin parti dari MCA yang juga Ahli Majlis Tertinggi parti tersebut, Datuk Ei Kim Hock mengundang kontroversi apabila menyatakan bahawa partinya tidak menyokong cadangan rakyat Malaysia yang menetap di luar negara untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum akan datang.
Menurut beliau, rakyat Malaysia yang berada di seberang laut tidak mengikuti perkembangan dalam negara dan oleh sebab itu, tidak mungkin memahami sepenuhnya situasi dalam negara. Tambahnya lagi, soal keyakinan tidak berbangkit tetapi sumber-sumber maklumat yang diperolehi mereka mungkin diragui. Selain itu, isu teknikal dan logistik turut dibangkitkan.
Apabila mendengarkan hujah-hujah yang dikemukakan oleh Kim Hock tadi, nampaknya apa yang disebutkan mengenai pemimpin-pemimpin politik kita ternyata mempunyai kebenarannya. Segelintir daripada pemimpin politik mempunyai kecenderungan untuk bercakap sesuatu tanpa berfikir secara terperinci hinggakan kontroversi berkenaan terpaksa diperbetulkan oleh Presiden Parti, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang memberitahu media bahawa kenyataan tersebut tidak diperjelaskan dengan tepat. Inilah gelagat tipikal segelintir pemimpin politik kita.
Apabila melihat kenyataan yang dibangkitkan mencetus kemarahan atau tidak memihak kepadanya, maka dipindahkan beban tersebut kepada pihak lain. Apabila ditanyakan bagaimana untuk menjustifikasikan kenyataan sedemikian, ada yang hanya mampu membisu. Lebih buruk lagi, ada yang mungkin mengatakan kenyataan tersebut telah disalah tafsir.
Tetapi ini tidak bermakna negara ketandusan barisan pemimpin politik yang berwibawa dan berintelektual, yang mampu berdiskusi secara rasional. Contohnya, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah. Semua orang tahu bahawa Saifuddin merupakan seorang pemimpin politik yang konsisten dengan pendirian mengenai isu mahasiswa. Biarpun bergelar sebagai Timbalan Menteri, namun jawatan itu tidak menghalang beliau untuk bercakap apa yang terlintas dalam benak fikirannya.
Kim Hock barangkali tidak menyangka kenyataan beliau yang tidak seberapa itu telah mencetuskan reaksi yang begitu negatif dalam kalangan rakyat setempat. Walaupun beliau mungkin berniat baik dengan kenyataan itu dan mengalu-alukan partisipasi rakyat Malaysia dalam pilihan raya, namun disebabkan pemilihan kata-kata yang kurang enak, berlakulah “fall-out” itu.
Apa yang dibangkitkan oleh Kim Hock terutamanya bahawa rakyat Malaysia di seberang laut tidak mengikuti perkembangan semasa negara dan tidak mungkin memahami situasi yang sebenarnya, hanyalah satu tanggapan yang dangkal dan tidak sealiran dengan realiti semasa.
Bagaimanakah beliau tahu bahawa rakyat Malaysia di seberang laut tidak mengetahui perkembangan semasa dan maklumat yang diperolehi mereka mengenai situasi sebenar negara adalah diragui? Apakah beliau mempunyai perangkaan kukuh untuk menyokong hujah beliau itu?
Jelas, beliau mempunyai hak untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian tetapi adalah tidak wajar untuk menentukan apa yang boleh dipercayai oleh rakyat. Dalam dunia demokrasi malah dalam kerangka hak asasi sekalipun, rakyat mempunyai hak untuk mempercayai apa yang dirasakan betul.
Dengan tahap celik huruf yang semakin tinggi, era yang mana seseorang rakyat diminta untuk tidak mempercayai sumber itu dan ini sudah tidak relevan lagi. Tahap celik huruf yang semakin meluas ini membolehkan rakyat Malaysia membuat pilihan yang tepat lagi bernas.
Bagi penulis, persepsi sedemikian adalah satu prejudis yang menghina integriti rakyat Malaysia yang menetap di luar negara. Untuk makluman Kim Hock, kecanggihan dunia ICT bermakna apa yang berlaku di seluruh dunia boleh dilayari di dalam internet.
Walaupun mereka berjauhan, tetapi dengan kecanggihan teknologi siber baik melalui facebook, twitter mahupun klip-klip video dalam Youtube, sudah tentu perkembangan semasa dalam negara dapat dipantau. Kita berada dalam dunia tanpa sempadan, yakni era yang mana segala maklumat kini berada di hadapan komputer kita. Bagaimana untuk memanfaatkan sumber-sumber maklumat itu, kini terpulang kepada kita semua.
Hak untuk mengundi merupakan hak universal semua rakyat. Selagi rakyat berminat untuk mengundi, mereka harus dibantu untuk menunaikan kewajipan murni itu. Dalam hal ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu terus memainkan peranan proaktif dalam memastikan golongan ini dibantu.
Justeru, faktor logistik yang dinyatakan oleh MCA sebagai kebimbangan mereka adalah tidak berasas. Ya, penulis memahami kebimbangan yang ditimbulkan parti berkenaan tetapi pihak berwajib yang sepatutnya bimbang mengenai isu logistik ini adalah SPR, bukannya MCA!
Apabila minat mengundi dalam kalangan rakyat masih ada, bermakna amalan demokrasi terus subur dan hidup. Janganlah sampai ke tahap apabila minat rakyat untuk mengundi sudah hilang nanti, ia mungkin sudah terlambat. Kedua-dua pihak baik parti pemerintah mahupun pembangkang tidak akan mendapat manfaat jika rakyat memilih ke arah itu. Kesudahannya, negara akan merana di kemudian hari.
Apakah selepas ini Malaysia bersedia untuk membenarkan rakyat di luar negara mengundi pada PRU 13 nanti seperti mana yang sudah dilaksanakan di lebih 115 negara seluruh dunia? Jika ini boleh dilaksanakan di negara-negara lain, mengapa tidak di Malaysia?
* Marcus Lim

* Pandangan yang diberikan di atas hanyalah pandangan peribadi penulis semata-mata.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.