8 Nov 2011

Perlu mekanisme tangani krisis jantina

Aslani M   
KOTA BHARU, 8 Nov: Pelbagai pihak perlu fikirkan satu mekanisme untuk mengatasi krisis jantina dengan disantuni secara terancang agar amar makruf nahi mungkar dapat ditanganii.
Peguam Hak Asasi, Muhamad Faizal Yusof berkata, kesempatan diperlukan bagi membolehkan umat Islam memahami ujian Allah yang didatangkan dengan isu penganjuran Seksualiti Merdeka.
“Saya pernah diberi kesempatan Allah SWT mengenali insan yang serupa dalam pembelaan kes Seksualiti Merdeka. Apa yang boleh saya simpulkan kewujudan insan yang mempunyai dua sifat berbeza adalah suatu ujian meruntun suatu mujahadah yang bukan sedikit.
“Seorang lelaki yang berfizikal lelaki sempurna tetapi diberikan sifat keibuan dan kewanitaan yang tinggi sebagai bukti kekuasaan Allah SWT,” katanya di sini.

Baru-baru ini pelbagai pihak membantah promosi program Seks Merdeka 2011 yang dijadual diadakan 1 hingga 13 November dianggap mengiktiraf hak seksual di kalangan lesbian, gay dan bisesksual.
Muhamad Faizal yang juga Pengerusi Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Kelantan berkata, krisis dalaman dialami golongan terbabit perlu ditangani dengan cermat.
“Cukupkah kita fahami bagaimana keadaannya seorang lelaki berfizikal sempurna dengan perasaan kewanitaan dan keperempuanan yang tinggi.
“Apa yang boleh kita lakukan hanyalah kata-kata perangsang untuk mendekati golongan terbabit dan memerlukan sokongan orang sekeliling. Krisis yang dialami tidak mudah untuk dimengertikan hatta keluarga terhampir,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.