Perlembagaan Malaysia ketika ini bersifat sekular dan dengan itu apa-apa pindaan hukum hudud untuk perlembagaan persekutuan memerlukan majoriti 2/3 dalam parlimen. PAS tidak boleh meminda perlembagaan tanpa sokongan UMNO, DAP dan PKR. Pakatan Rakyat terikat dengan Manifesto Bersama yang tidak mengandungi apa-apa kenyataan mengenai Hukum Hudud.
BN yang pada dasarnya adalah parti-parti berasaskan kaum dan mengamalkan diskriminasi perkauman serta sentiasa memanipulasi isu Hudud untuk mengapi-apikan rasa takut di kalangan bukan Melayu untuk melemahkan Pakatan Rakyat. Isu Hukum Hudud ini telah dibangkitkan pada masa lalu dan DAP sekali lagi telah menyuarakan tentangan mereka terhadap Hukum Hudud. Perdana Menteri Najib telah berkata bahawa unsur-unsur hudud sudah ada dalam sistem undang-undang Malaysia. Timbalan Perdana Menteri berkata bahawa UMNO menyokong undang-undang Hudud.
Tetapi MCA dan parti-parti komponen BN yang lain berdiam diri berkenaan sokongan UMNO kepada Hukum Hudud tetapi terus mengulangi bahawa DAP menyokong undang-undang hudud. MCA harus menghentikan kepura-puraan mereka yang berbohong kepada rakyat Malaysia bahawa apabila PAS mendapat kuasa, semua mesti memeluk agama Islam. Ini adalah satu pembohongan dan perbuatan yang tidak bertanggungjawab oleh parti-parti komponen BN.
Jika BN mengambil berat mengenai undang-undang Hudud, mereka mesti melaksanakannya dan tidak terus mencabar dan menyeru PAS untuk melaksanakan. Ini menunjukkan bahawa BN hanya berminat untuk mempolitikkan dan membangkitkan rasa takut mengenai isu tersebut. MCA yang telah kehilangan sokongan masyarakat Cina dan bakal menghadapi kekalahan dalam pilihan raya ke-13 yang akan datang mahu menggunakan ketakutan kepada undang-undang Hudud untuk memenangi kembali undi Cina dan bukan Melayu.
Hanya MCA/MIC/Gerakan yang akan mendapat keuntungan daripada ketakutan kepada undang-undang Hudud. Pihak polis mesti menyiasat mengapa ada individu yang mengedarkan risalah seperti itu. Siapakah yang akan mendapat manfaat daripada penyebaran risalah itu? Jelas MCA yang terus memfitnah DAP dan PAS. Selain itu, Labis merupakan kubu kuat MCA.
Oleh itu, saya menyeru pihak polis untuk menyiasat siapakah dalang yang menyebarkan risalah yang memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin DAP dan PAS dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan. Polis harus bertindak tanpa rasa takut atau pilih kasih dan mengheret mereka yang bertanggungjawab ke atas gambar yang menghina itu ke mahkamah.
Saya menyeru UMNO/MCA supaya mengadakan satu pungutan suara nasional mengenai undang-undang Hudud. Melalui pungutan suara nasional itu, ia boleh menentukan dengan telus hasrat dan pilihan orang ramai mengenai undang-undang Hudud. Jika tidak, parti-parti politik yang tidak bertanggungjawab seperti UMNO/MCA akan terus menggunakan undang-undang Hudud untuk menyemai rasa takut dan memecah-belahkan rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia telah matang dan ingin maju ke hadapan. Tetapi BN yang berkuasa selama 54 tahun telah berkembang tanpa memikirkan aspirasi dan keperluan rakyat. Tumpuan rakyat ketika ini adalah bukan Hukum Hudud tetapi kenaikan kos sara hidup, keselamatan pekerjaan, menyediakan pendidikan yang berkualiti untuk anak-anak mereka dan pentadbiran yang baik.
BN melakukan perkara-perkara yang terdesak untuk memenangi undi. Bajet 2012 adalah mengenai perbelanjaan yang tidak mengambil kira tentang bagaimana mengurangkan defisit. Ketika ini, apa yang dikatakan oleh Idris Jala mengenai Malaysia akan bankrap menjelang 2019 mungkin akan menjadi kenyataan. Saya menyeru PM bertanggungjawab dan bertanggungjawab dan memperbaiki mekanisme pelaksanaan dalam perkhidmatan kerajaan, menghapuskan rasuah di tempat-tempat yang lebih tinggi, menghentikan pembaziran dan ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan.
*Kenyataan media oleh S. Ramakrishnan (gambar kanan) selaku senator.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.