2 Dec 2011

Robohkan tapak pemujaan bukan arahan saya – Nik Nazmi

SHAH ALAM 2 Dis : ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan bahawa perobohan tapak pemujaan di Glenmarie adalah bukan arahannya.
“Saya dimaklumkan akhbar Malaysia Nanban telah melaporkan demikian. Saya meminta mereka membetulkan laporan tersebut segera untuk mengelakkan tindakan perundangan diambil,” katanya yang juga Pengarah Komunikasi KEADILAN.
Semalam, Nik Nazmi bersama pimpinan KEADILAN, Sivarasa Rasiah, Manikavasagam dan Gwo-Burne Loh telah melawat tapak tersebut bagi melihat keadaan sebenar di sana.
“Justeru, saya bersama pimpinan lain yang hadir telah meminta agar Kerajaan Negeri mengambil tindakan sesuai selari dengan siasatan yang dijalankan.”

Katanya lagi ini bagi memastikan sebarang tindakan seperti ini dikendalikan secara sensitif selari dengan garis panduan negeri Selangor bagi mengelakkan sebarang salah faham.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan lokasi tersebut dimusnahkan anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) atas alasan kegiatan puja nombor ekor yang beroperasi di sebuah pondok usang yang didirikan di bawah dua buah batang pokok sawit dianggap keramat.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.