
Setelah berita tersebut tersebar, beliau telah menyepi selama beberapa hari dan akhirnya memecah kesunyian untuk mempertahan bahawa beliau tidak menyalahgunakan dana yang datang daripada rakyat itu. Bersama beliau adalah peguam Umno popular Shafee Abdullah, yang kehadirannya sahaja sudahpun kelihatan seperti memancarkan aura bersalah.
Logik cerita suami Shahrizat

Ataupun laksanakan sahaja apa jua idea yang mungkin sambil duduk di kafe-kafe di Bangsar memikirkan bagaimana anda boleh mendapat faedah daripada kerjaya politik pasangan anda..
Anda boleh juga melabur dalam hartanah, walaupun pada tahun 2008, kebanyakkan firma-firma gergasi dunia seperti Lehman telah mejadi bankrap disebabkan mereka percaya harga hartanah akan terus meningkat.
Pelaburan yang baik atau pecah amanah?
Terdapat juga butiran yang mengatakan bahawa RM 800 000 telah digunakan NFC untuk wang perjalanan “Direktor” mereka dan mereka ini adalah anak Shahrizat. Salleh Ismail menegaskan bahawa mereka tidak menggunakan Kelas Pertama untuk perjalanan udara. Adakah mereka menggunakan Kelas Perniagaan menggunakan dana awam? Ini tidak boleh diterima! Kini, pegawai-pegawai eksekutif Syarikat multi national besar juga menggunakan kelas ekonomi untuk perjalanan mereka. Kemudian ada lagi penyalahgunaan lain misalnya, derma kepada ahli Umno dan wang yang dibayar kepada Shahrizat sendiri.
Lembu Segera
Dalam masa yang sama juga, Salleh telah membandingkan lembu pada pokok-pokok sawit, seolah-olah dalam sebuah puisi Lewis Carroll. Beliau juga menegaskan bahawa mereka akan 'menghasilkan 60,000 ekor lembu pada tahun 2015’ dengan cara yang sudah semestinya- membeli dari Australia
Lembu yang ditunjukkan dikaca TV kelihatan dalam keadaan yang sesak, di tempat berlumpur dan jelas sekali kelihatan tidak selesa dan sengsara. Mungkinkah Jabatan perkhidmatan veterinar pula yang perlu menyiasat NFC untuk penganiayaan haiwan serta pencabulan kebersihan sebagaimana SPRM perlu menyiasat NFC untuk rasuah .
Ia seolah-olah hanya RCI yang akan dapat menghilangkan semua persoalan- yang dilemparkan terhadap skandal NFC.
Mengapa tiada siapa yang bertanggungjawab?
Kenapa Kementerian Pertanian tidak berbuat apa-apa tentang skandal- skandal yang masih berlaku ini? Adakah Kementerian Kewangan sedang tidur di tempat kerja dan tidak menyedari apa yang sedang berlaku?
Menteri Kewangan ialah Najib Razak, yang juga Perdana Menteri. Beliau harus dipersalahkan 2 kali ganda daripada pihak lain. Najiblah yang akhirnya perlu bertanggungjawab ke atas kemarahan yang dirasai oleh pembayar cukai di Malaysia.
Bagi Shahrizat Jalil, jika dia mempunyai mana-mana pemahaman tentang konsep akauntabiliti atau mempunyai sebarang rasa hormat, beliau akan meletak jawatan sekarang.Tetapi nampaknya itu tidak akan berlaku. Pernahkah kita mendengar mengenai Menteri BN yang berani mengambil tanggungjawab dan meletak jawatan?
Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.