19 Nov 2011

NFC: Biar polis siasat kredibiliti dakwaan, kata Khairy

NFC: Biar polis siasat kredibiliti dakwaan, kata KhairyKUALA LUMPUR, ― Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyerahkan kepada polis menjalankan siasatan untuk menentukan kebenaran dakwaan berkenaan dengan projek kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial polis memulakan siasatan berhubung dakwaan PKR bahawa dana NFC digunakan untuk membeli kondominimum di Bangsar.
Kelmarin, pengurusan NFC juga mengaku berbuat demikian iaitu membeli dua unit kondominium.

“Pihak polis perlu menghabiskan siasatan mereka. Selepas itu, saya fikir kita akan mendapat gambaran sama ada terdapat sebarang kewibawaan dalam dakwaan (yang dibuat),” kata beliau (gambar) kepada pemberita pada acara ‘Twitter-initiated 3on3 basketball tournament’ di Berjaya Times Square di sini, hari ini.
“Datuk (Mohamad) Salleh (Ismail), pengerusi (eksekutif) NFC sudah pun mengadakan taklimat media. Saya fikir kita harus, sebagaimana dikatakan oleh timbalan perdana menteri semalam, kita harus biarkan public menerima taklimat itu terlebih dahulu.
“Biar kesemua fakta diketahui terlebih dahulu, dan jika ada butiran atau fakta diperlukan, saya pasti NFC akan tampil menyediakannya,” kata Ahli Parlimen Rembau ini.
--TheMalaysianInsider

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.