22 Nov 2011

Ingatkah dengan Dr M dan undi untuk berubah PRU-13

Ingatkah dengan Dr M dan undi untuk berubah PRU-13Sekarang adalah hamper kepada masa pilihanraya dan setiap warga negara yang baik haruslah menggunakan kelayakkannya untuk mengundi dalam kerajaan yang mementingkan semua. Kita telah pun hidup dengan aman damai selama 2 generasi, mungkin 3 atau 5 generasi. Ini tidak termasuk masyarakat Orang Asli yang telah berada di sini sejak azali.
Walaupun semua kita adalah pada dasarnya pendatang pada peringkat-peringkat yang berbeza, kita amat bertuah kerana lahir di negara yang memberikan kita keamanan dan rasa memiliki tanah air. Kepada dunia luar, kita dilihat sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan propaganda kita sememangnya untuk menjadi berbilang kaum, satu model untuk keharmonian.

Suatu masa dulu, ini adalah negara yang diidamkan
Pelancong datang beramai-ramai ke negara ini dan tepersona dengan kepelbagaian budaya, makanan dan rakyatnya yang ramah. Syarikat-syarikat gergasi daripada AS, Eropah dan Jepun berminat untuk melabur di sini kerana adanya tenaga kerja yang celik huruf, polisi yang kukuh dan kerajaan sekular yang mengamalkan kebebasan beragama.
Negara ini adalah negara yang diidamkan oleh syarikat-syarikat ini kerana mereka mendapat tenaga buruh yang murah beserta jurutera yang mahir begitu juga dengan pengurus, penyelia, ketua dan pentadbir. Tenaga buruh terdiri daripada campuran India, Cina, Melayu dan pelbagai lagi kaum. Mereka ini semua berpaksikan budaya kerja yang baik, berkomunikasi dengan baik dan mereka juga boleh mencapai hasil yang tinggi.
Banyak syarikat-syarikat ini mengaut untung yang besar pada masa itu kerana kebanyakkan barangan elektronik datang dari Malaysia malah kitalah Lembah Silikon Asia untuk semikonduktor. Kita juga pengeluar penghawa dingin terbesar dunia. Kita sememangnya dipuncak pada masa itu walaupun beberapa tahun sebelum itu, masyarakat dunia masih menyangka kita tinggal di atas pokok.
Semasa itu, ramai rakyat Malaysia yang mendapat habuan daripada keadaan ekonomi negara yang baik. Ia merupakan satu anugerah kepada rakyat berbilang kaum yang telah mendapat hasil yang menguntungkan daripada syarikat gergasi luar negara dan peluang pekerjaan yang mereka cipta untuk rakyat. Ia mengisi kekurangan kerajaan dan Malaysia sememangnya bergerak kehadapan.
Kemudian datang Dr M
Malangnya, perkara yang baik tidak berkekalan. Hadir pula Mahathir Mohammed pada tahun 1981. Beliau seperti budak sekolah baru belajar dan visi beliau sangat jauh. Beliau impikan keunggulan untuk Malaysia.
“Sebagai seorang Perdana Menteri, Mahathir dikaitkan dengan kemajuan yang pantas dan perkembangan ekonomi dengan memulakan beberapa siri projek infrastruktur yang gah. Beliau juga seorang ahli politik yang domina, memenangi 5 pilihanraya berturut-turut serta menyingkirkan semua lawan beliau untuk pucuk pimpinan Umno. Walaubagaimanapun, pengumpulan kuasa beliau telah memusnahkan kebebasan badan kehakiman dan juga kuasa raja Melayu. Beliau juga menggunakan ISA untuk menangkap ahli aktivis, ahli agama yang bukan dari aliran kanan dan lawan politik beliau termasuk timbalannya Anwar Ibrahim. Rekod Mahathir yang menyekat kebebasan awam dan kekerasan beliau terhadap kepentingan diplomatik barat serta polisi ekonomi telah menyukarkan hubungan dengan negara-negara seperti AS, Britain dan Australia.”- Wikipedia.
Semuanya baik-baik belaka semasa 3 tempoh jawatan beliau sebagai Perdana Menteri dan beliau disayangi oleh semua kaum. Seperti tiada apa-apa yang akan menghentikan beliau sehinggalah beliau menjadi Hitler Malaysia. Itulah waktu beliau menjadi obsess terhadap idealogi “Malaysia Boleh” bersama dengan beberapa projek mega, kesinambungan NEP (1991), kronism, rasuah dan ketuanan Melayu yang telah menguburkan semangat keharmonian kaum. Ini memperbesarkan jurang dikalangan kaum dan dasar pecah dan perintah yang dimulakan oleh beliau dan Umno. Malaysia telah jatuh ke jurang kecelakaan.
Berapa lamakan perkauman dan pembulian ini akan berterusan?
Lihat sahaja hari ini. Telah wujud semula Ketuanan Melayu dengan adanya tentera rahsia Mahathir iaitu Perkasa untuk meneruskan legasi beliau dan mengekalkan beliau sebagai relevan dalam arus politik Malaysia seraya terus memecah-belahkan Malaysia. Kata-kata popular “Melayu dahulu, rakyat Malaysia kemudian” yang diseur oleh TPM kita adalah bukti kepada ini.
Rakyat juga tidak akan dapat untuk melupakan bagaimana kepala lembu dijadikan pencetus pergolakan keagamaan, isu Allah, rampasan Injil, isu murtad dan serbuan terhadap gereja DUMC- semuanya tidak didengari dalam era sebelum Mahathir tetapi sekarang sudah menjadi kenyataan.
Setiap hari, ada sahaja cerita mengenai skandal kewangan yang melibatkan berjuta-juta ringgit yang menghidap kering negara. Berapa banyak lagikah yang harus diharungi oleh rakyat Malaysia?
Yang lebih penting adalah, bilakah ia akan berakhir? Ini adalah persoalan penting yang ditanya oleh semua rakyat Malaysia kepada diri mereka sendiri dan hentikan ia dengan mengundi untuk perubahan.
Dinasor seperti Mahathir dan BN tidak seharusnya dibiarkan bebas. Mereka haruslah kekal pupus kerana tanah ini sudah tidak sesuai untuk mereka. Sekiranya dibiarkan hidup, mereka akan membunuh segala yang ada dihadapan mereka.
Poster pilihan raya yang saya rekomen kepada rakyat Malaysia:
“Walau monyet sekalipun yang menerajui Pembangkang, kita harus mengundi monyet itu kerana kita boleh lagi mengajar monyet untuk memanjat pokok dan mengambil buah kelapa. Tetapi setelah 54 tahun memerintah, kita tidak dapat mengajar pemimpin BN untuk mengambil kelapa itu kerana mereka telahpun memonyetkan semua kelapa.”
Malaysia Chronicle

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.