28 Oct 2011

Johor belanja RM1.78 j untuk e-portal yang tidak aktif

KUALA LUMPUR 28 Okt: Kerajaan Johor membelanjakan jutaan ringgit untuk menubuhkan e-portal yang masih belum aktif sejak empat tahun lalu.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010, Portal ‘e-nikah Cerai-Rujuk’ (e-NCR) yang menyemak status nikah, cerai dan rujuk individu Islam itu sepatutnya boleh dilayari pada Januari 2008.
Namun, pemindahan atau migrasi data masih belum siap, meskipun Unit Sains Teknologi dan ICT Johor (Ustict) telah membayar RM1.78 juta untuk tujuan itu.
“Tiada tarikh akhir yang diberikan untuk kontraktor untuk menyiapkan kerja,” petik laporan itu seperti disiar portal Malaysiakini.

Aplikasi e-NCR bertujuan meningkatkan mutu perkhidmatan pengurusan keluarga Islam dengan menyediakan sistem pendaftaran dan penyemakan pelbagai urusan nikah, cerai dan rujuk secara online.
Ia mempunyai enam modul utama iaitu Modul Profil, Pra Perkahwinan, Nikah Cerai Rujuk, Khidmat Nasihat (kaunseling), Kamus Jawi dan Laporan.
Kos pembangunan keseluruhan projek bernilai RM2.93 juta dan sepatutnya siap dalam tempoh sepuluh bulan iaitu bermula April 2007.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.