(Oleh: Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi menambahbaik proses pilihan raya tidak menetapkan had untuk mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau individu menghantar memorandum dan aduan, dalam sesi pendengaran awam yang bermula November ini.PSC mengadakan mesyuarat pertamanya hari ini yang turut dihadiri tiga wakil Pakatan Rakyat iaitu Mohamed Azmin Ali (Gombak), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai) dan Anthony Loke (Rasah).
Enam lokasi ditetapkan bagi pendengaran awam bemula di Kuala Lumpur (11 & 12 November), Kota Kinabalu (25 & 26 November), Kuching (8 & 9 Disember), Pulau Pinang (15 & 16 Disember), Kota Bharu (7 & 8 Januari 2012) dan Johor Bahru (12 & 13 Januari 2012)
Pihak yang mengemukakan aduan akan dipanggil semula oleh PSC pada suatu tarikh yang ditetapkan untuk membangkitkan isu yang dilaporkan.
Antara perkara yang dibincangkan adalah khusus untuk meneliti undang-undang berkaitan pilihan raya, menambahbaik keperluan kajian pilihan raya dan daftar pemilih dengan tujuan memperkukuh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengerusi PSC, Maximus Ongkili memberitahu, sekiranya sambutan menggalakkan, jawatankuasa itu akan melanjutkan tempoh pendengaran awam.
PSC akan bermesyuarat semula pada 1 November 2011.
sumber : Keadilan Daily
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.