19 Sept 2011

24 jam selepas pendedahan, pengakuan PM Bangladesh dipadam

KUALA LUMPUR: Laman web yang memapar pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi, dipadamkan hari ini.
Semakan Keadilan Daily pada jam 7 malam ini mendapati laman itu tertera No item to show (tiada paparan kandungan) tetapi tiada alasan diberi. Bagaimanapun, halaman depan web berkenaan masih boleh ditemui di sini.

Cetakan dari komputer (print screen) yang kini dipadamkan
Semalam, portal ini mendapati Sheikh Hasina dilapor berkata pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.
Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu, selain diberi hak mengundi.
Berikutan itu, Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh ketika diminta mengulas hal itu, mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan berkenaan.
“Kita desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenyataan Perdana Menteri Bangladesh berkenaan perkara ini.
“Jika perkara ini berlaku, Najib perlu bertanggungjawab dan berani tampil memberikan penjelasan,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=20440

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.