KUALA LUMPUR, 18 OKT – Tahun ini merupakan tahun ke-15 berturut-turut Malaysia mengalami defisit apabila hutang kerajaan meningkat dengan mendadak kepada RM455.75 bilion.
Ini bermakna rakyat Malaysia secara automatik “berhutang” sebanyak RM16,000 setiap seorang kerana hutang kerajaan yang besar, kata Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng.
Justeru, beban hutang itu akan ditanggung oleh generasi sekarang dan masa depan, tidak kira sama ada individu tersebut penyokong Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, atau tidak berparti sekali pun.
Wong yang juga Ahli Parlimen Sibu berkata Bajet 2012 Barisan Nasional telah meneruskan masalah defisit dengan menjadikannya RM51.2 bilion untuk tahun depan kerana kerajaan akan membelanjakan lebih daripada pendapatan.
19 Oct 2011
Kakitangan awam lebih terbela bersama Pakatan Rakyat
18 OKTOBER – Walau bermacam tawaran dan godaan Barisan Nasional terhadap kakitangan awam, satu perkara mudah dan memang diperlukan oleh perkhidmatan awam tidak berani dilakukan oleh kerajaan pusat. Pakatan Rakyat secara ikhlas dan tegas mahu memperkenalkan gaji minimum RM1,100 sebulan dalam sektor perkhidmatan awam.
Gaji minimum Pakatan
Ini bererti tidak ada sesiapa pun di peringkat paling rendah akan mendapat gaji kurang daripada RM1,100, dan ini tidak termasuk elaun-elaun lain serta peluang-peluang kenaikan gaji dan pangkat.
Jumlah kakitangan perkhidmatan awam secara keseluruhannya sekitar 1.2 juta orang dan 25 peratus daripadanya mendapat gaji di bawah RM1, 000. Jika 25 peratus ini diterjemah kepada jumlah, ia bermakna sekitar 300,000 orang akan mendapat manfaat atas pengenalan gaji minimum.

Fitnah terhadap anak Guan Eng: Tuduhan palsu, gambar pun palsu
KUALA LUMPUR, 19 OKT – Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin diminta menarik balik kenyataannya yang kurang ajar terhadap anak Lim Guan Eng yang berusia 16 tahun yang telah difitnah mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan.
Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua berkata Khairy perlu menunjukkan kematangannya dengan meminta maaf kepada anak Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang tidak melakukan apa-apa kesalahan.
“Sebagai teladan kepada anak muda Malaysia, dan dia (Khairy) sendiri mendakwa kononnya dia adalah contoh politik baru negara, Khairy mesti bertanggungjawab atas kenyataannya yang tidak patut dikeluarkan itu,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Enggan lulus permit Suara Keadilan, transformasi Najib gagal
KUALA LUMPUR 18 Okt: Kenggganan kerajaan meluluskan permit penerbitan akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan, membuktikan reformasi politik yang digembar-gemburkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, gagalAhli Parlimen Batu, Tian Chua merujuk komitmen kerajaan untuk melakukan transformasi politik, termasuk mempertahankan kebebasan media ketika pembentangan Belanjawan 2012 baru-baru ini.
“Dia katakan akhbar akan diberi permit secara automatik, bukan melalui pembaharuan permit tahunan. Tapi sehingga hari ini tidak ada apa-apa tindakan oleh Menteri Dalam Negeri (terhadap permit Suara Keadilan),” kata Tian Chua ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat.
September lalu, perdana menteri mengumumkan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, dengan menggantikan pembaharuan permit penerbitan tahunan kepada permohonan sekali sahaja, selain memansuhkan ISA.
Namun budi bicara mutlak untuk memberi dan membatalkan permit masih dikekalkan kerajaan, sekaligus membuktikan Najib hanya menabur janji.
Debat Anwar-Najib: Akademi penulisan tawar jadi penganjur
KUALA LUMPUR 19 Okt : Sebuah Akademi Penulisan sedia menjadi penganjur bagi debat antara Ketua Pembangkang, dan Perdana Menteri berhubung soal ekonomi dan Belanjawan 2012.Jurucakap Akademi Pak Sako, Hilman Idham berkata, debat itu merupakan perkembangan sihat bagi membolehkan rakyat menilai belanjawan yang dibentangkan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.
“Perdebatan seperti ini akan memberi ruang yang adil kepada rakyat untuk menilai secara rasional dasar-dasar yang digarap demi kepentingan mereka.
KEADILAN, Pas tidak sertai Himpunan Sejuta Umat
KUALA LUMPUR 19 Okt : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan KEADILAN bersama-sama Pas tidak akan menyertai Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang bakal diadakan di Shah Alam, 22 Oktober ini.
Menurut Anwar, Pas semalam membuat ketetapan tidak menyertai himpunan berkenaan, malah beliau juga difahamkan terdapat beberapa NGO Islam yang telah menarik diri dari terlibat dengan program itu.
“(Justeru), Keadilan mengambil sikap dan pendirian yang sama (iaitu) tidak bersama dan menyertai perhimpunan tersebut. Apa yang lebih penting, kedudukan Islam yang perlu dipertingkatkan,” kata Anwar pada sidang media di parlimen hari ini.

Anwar terima kunjungan hormat Speaker MPR Indonesia
KUALA LUMPUR 18 Okt: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat delegasi anggota parlimen Indonesia, diketuai Speaker Majelis Permusyawaratan Rakyat Indonesia (MPR), Muhammad Taufiq Kiemas.Kunjungan selama kira-kira dua jam itu berlangsung di Kelab Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur, yang turut dihadiri pimpinan tertinggi KEADILAN, kira-kira jam 8.30 malam.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Taufiq Kiemas turut bertukar cenderamata dalam pertemuan mesra dan penuh bersejarah antara dua negara
Subscribe to:
Posts (Atom)