5 Oct 2011

Guan Eng: Rais seharusnya tidak berbohong seperti Utusan

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim telah membuat kenyataan palsu yang berbahaya bahawa program rasmi yang dihadiri beliau di Pulau Pinang hanya menggunakan Bahasa Inggeris dan Mandarin.  Rais seharusnya tidak berbohong seperti Utusan Malaysia; sebaliknya beliau harus membuktikan mana satu program rasmi anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang meminggirkan Bahasa Malaysia.

Di sebalik cincin RM24.45 juta...

1. che'GuBard bagi pihak Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mula membuat pendedahan mengenai isu kewujudan kemasukan sebentuk cincin harga RM24.45 juta yang dalam kotak penerima dalam borang kemasukan tertera nama Rosmah Mansor, sehubungan dengan itu SAMM tampil memohon penjelasan dari beliau.

Malaysia, Hudud dan saya

Saya seorang rakyat Malaysia bukan beragama Islam.  Negara saya sekian lama diperintah sebuah rejim bernama Barisan Nasional yang berideologi etno-nasionalis.  Dari kecil, saya dididik supaya menerima sebagai hakikat keadaan masyarakat saya yang majmuk memerlukan pengorbanan daripada semua golongan, lebih-lebih lagi mereka yang datang dari kumpulan minoriti.  Sesiapa yang cuba mengubah hakikat ini, saya diberitahu, ialah penderhaka yang ingin merosakkan kemakmuran masyarakat berbilang bangsa dan agama ini.

Perantau di Johor 9 Okt

KUALA LUMPUR, 5 Okt: Setiausaha Persatuan Anak-Anak Terengganu di Perantauan (Perantau), Suhaimi Embong berkata, Perantau akan meneruskan siri program makan nasi dagang dan bertemu serta beramah mesra dengan anak Terengganu di perantauan di seluruh negara.
Program akan datang ini adalah di Pasir Gudang, Johor pada hari Ahad, 9 Oktober jam 4.30 petang hingga 6.30 petang.

Geran tanah: Jangan bagi madu, curah tuba

Merujuk kepada laporan BERNAMA yang menyatakan  Kerajaan Negeri Terengganu telah mengagihkan 158 geran tanah kediaman dan tanah pertanian di dun Batu Rakit kepada penduduk semalam.
Menteri Besar dipetik sebagai berkata, pembahagian lot-lot kediaman dan tanah pertanian itu adalah sebagai merakyatkan pentadbiran dan mendemokrasikan pembahagian tanah kepada rakyat.
Diberitakan bahawa daripada 158 lot tanah berkenaan, 114 adalah untuk lot tapak rumah manakala selebihnya untuk tanah pertanian.

Bukan Islam makin fahami hukum hudud

Mohd Nor Yahya   
KOTA BHARU, 5 Okt: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kelantan melahirkan rasa kesal kenyataan pemimpin Umno dan pihak tertentu cuba menakutkan masyarakat bukan Islam terhadap hukum hudud.
Ketuanya, Lim Guan Seng berkata, isu hudud sengaja dibangkitkan mereka semata-mata bagi menimbulkan kekalutan politik terutamanya di Kelantan.
Katanya, biar pun pelbagai usaha dilakukan bagi memburukkan hudud, namun orang ramai terutamanya masyarakat bukan Islam semakin faham.

Ops Lalang: Dewan Rakyat kecoh

Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 5 Okt: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencabar kerajaan khususnya ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman mendakwanya di mahkamah jika mendapati beliau mengeluarkan kenyataan menghasut.