28 Sept 2011

Guan Eng hina Johor ??..

Oleh Daing Yahya

28 September 2011
28 SEPTEMBER – Media massa kawalan pemerintah UMNO-Barisan Nasional menjadi haru-biru apabila Lim Guan Eng, selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, didakwa menghina negeri Johor, negeri kelahirannya, dalam satu wawancara radio Perbadanan Penyiaran Australia (ABC).

Agresif rasional yang bertempat – Oleh Izmil Amri

28 SEPT – Memberi jawapan rasional adalah satu kemahiran yang kurang dititiberatkan oleh ramai orang.
Mungkin kerana selalunya bila kita dipertanyakan tentang sesuatu, sela masa yang digunakan untuk memberi jawapan rasional adalah lebih panjang berbanding dengan memberi jawapan mudah yang sudah berada di hujung lidah.
Justeru kita memilih untuk buat kerja senang, berbanding kerja yang sedikit payah. Ini adalah satu kerugian besar. Kemahiran ini seharusnya diasah dan dididik dengan baik andai punya cita-cita untuk terjun dalam dunia politik.
Seandainya seorang politisi gagal untuk menyebatikan kemahiran ini dalam pertuturan sehari-hari, politisi tersebut seharusnya balik rumah, makan nasi sepinggan, tarik selimut dan tidur. Tak perlu lagi jadi politisi.

Najib mengaku hasil duit judi tauke Cina milik BN

8 September 2011
SHAH ALAM, 28 SEPT – Kerana amat terdesak, Datuk Seri Najib Razak sanggup mengaku wang sektor swasta sebagai milik Barisan Nasional apabila mengumumkan dana RM100 juta untuk sekolah-sekolah bahasa Cina dan Tamil serta sekolah mubaligh.

Pemimpin Umno berpuasa tapi rompak duit rakyat- Anwar

(Oleh: Darwish Zainal)
PORT DICKSON – “Puasa…puasa juga. Raya…raya juga. Tetapi pemimpin Umno tetap rompak duit rakyat, balak disapu, terlibat dengan rasuah dan berlaku ketirisan”, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata demikian ketika Majlis Jamuan Aidilfitri Demi Rakyat Keadilan Negeri Sembilan di Markas Pakatan Rakyat di Kampung Telok Pelanduk, Batu 12, Port Dickson malam tadi.

SPR didesak umum jumlah pengundi klon

KUALA LUMPUR: Pemuda Pas terus mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengemukakan hasil siasatan ke atas 50 ribu pemilih yang telah diwartakan.
“Satu jawapan yang bertanggungjawab daripada SPR perlu dikeluarkan iaitu berapa ribukah jumlah pemilih yang memiliki kad pengenalan klon/palsu,” kata Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda Pas, Suhaizan Kayat.
Beliau mengulas pengumuman Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bahawa 70,361 pemilih digugur dan 50 ribu lagi pemilih sedang disiasat.

Akan lebih banyak akta zalim ganti ISA

(Oleh: Masdar Wahid)

KUALA LUMPUR: Kebimbangan banyak pihak bahawa lebih banyak akta zalim bakal menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri, sebenarnya berasas, kata Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.
Ini kerana katanya, dua undang-undang baru akan diwujudkan bagi menggantikan ISA berasaskan Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan sepertimana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

30 peratus kuota tidak tercapai, kroni diutamakan- Saifuddin

(Oleh: Nabihah Hamid)

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata kuota 30 peratus bumiputera tidak pernah tercapai, sebaliknya agihan kekayaan negara hanya tertumpu kepada kroni yang rapat dengan pemerintah.
“Dengan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah menjangkau 40 tahun, kenapa sasaran 30 peratus masih belum dicapai. Hingga kini tidak ada satu angka berwibawa. Berapa pegangan ekuiti sebenar? Berapa usahawan kecil bumiputera? Berapa individu (bumiputera yang berjaya dalam perniagaan),” ujar beliau.