Harakahdaily, |
KUALA LUMPUR, 13 Jan:
Rakyat Selangor perlu bersatu hati untuk menawan Putrajaya supaya
melicinkan agenda untuk rakyat di negara ini, bukannya menaikkan kembali
Umno BN di negeri itu yang terbukti parti yang mengkhianati amanah
rakyat.
AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, banyak gangguan yang dihadapi oleh negeri Pakatan Rakyat selagi BN masih berkuasa di peringkat pusat.
“BN yang tidak menghormati konsep fedaralisme yang berjalan di negara ini. Banyak hak negeri dinafikan, sedangkan hak pusat seperti bayaran pasport, stem, cukai kastam, saman kesalahan lalu lintas, hasil minyak semua dibolot oleh kerajaan pusat,” katanya kepada Harakahdaily.
Oleh itu, ujarnya cadangan Pengarah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zain Mohamed hari ini yang menyeru rakyat negeri itu bersatu hati untuk menawan Selangor di dalam pilihanraya akan datang supaya seiring dengan Putrajaya adalah cadangan daripada orang yang kecewa.
Beliau berkata, Mohd Zain mengatakan kerajaan PR gagal mengatasi masalah sampah, air dan peniaga bumiputera tetapi sebenarnya rakyat tidak menghadapi masalah.
“Yang sakit dan tidak bernafas sekarang ialah kroni Umno yang tidak dapat projek,” katanya.
Sekarang, katanya syarikat kroni Umno telah dihinggapi histeria kerana syarikat pungutan sampah telah diambil alih oleh kerajaan tempatan.
“Sebab itu berbagai sabotaj dilakukan terhadap kerajaan negeri,” ujarnya lagi.

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.