
Hakikatnya ini hanya cerita-cerita dogeng yang dihasilkan imaginasi jahat UMNO dan surat khabar lidah bercabang UMNO. Jenis imaginasi yang yang boleh menghalalkan RM 250 juta untuk Shahrizat dan keluarganya serta dianggap isu NFC suatu fitnah yang dirancang pembangkang!
DAP adalah parti berbilang kaum. Ianya bukan parti Cina. Karpal Singh bukan Cina! DAP pernah mempunyai beberapa pemimpin Melayu yang terkenal tetapi malangnya ia di-"kenakan" imej parti Cina oleh pihak UMNO. Ia juga di-"kena"kan imej anti-Melayu oleh UMNO juga. Apakah yang pernah dilakukan di Pulau Pinang atau di Selangor yang membuktikan DAP adalah anti-Melayu? Tiada apa dan banyak pula program yang membantu Melayu dan Islam yang disokongnya.
Untuk membebaskan diri mereka dari imej yang dipaksa ke atas mereka, maka DAP mengemukakan cadangan untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu. Kami dari PAS dan PKR memahami hasrat mereka dan keinginan mereka untuk bebaskan diri mereka dari kerja jahat UMNO ini. Namun sebagai rakan yang saling nasihat-menasihati, kami menjangka ianya sesuatu yang akan diserang oleh UMNO sebagai bukti DAP gila kuasa di Selangor; dan PAS bersama PKR mengkhianati kepentingan politik Melayu.
Maka di dalam suasana yang sentiasa ingin dihangatkan oleh UMNO atas semagat perkauman, tindakan yang dicadangkan DAP itu dilihat sebagai sesuatu yang mampu memburukkan lagi keadaaan. Oleh yang demikian, cadangan DAP agak sukar untuk diterima. Kerana ada pengadu-domba yang bergerak bebas di kalangan masyarakat. Kumpulan penghasut dan penipu rakyat yang berkeliaran merata, menembusi ruang udara melalui Radio dan TV, meracuni pemikiran rakyat, siapa lagi kalau bukan UMNO/BN.
Sebenarnya parti yang jelas hanya untuk kaum Cina adalah MCA. Tiada India, Singh ataupun Melayu di dalam MCA. Namun tidak pula MCA diserang UMNO walaupun memperlekehkan hukum hudud. Jelas sekali ianya hanya mainan politik sedangkan mereka berkapit rapat dengan tauke-tauke MCA.

*Tulisan ini dipetik dari blog Khalid Samad (gambar kiri) selaku ahli parlimen Shah Alam.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.