JOHOR BAHRU- Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberi jaminan bahawa parti itu akan memilih calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di kalangan mereka yang diyakini mempunyai prinsip perjuangan serta tidak mudah lompat parti.
Malah tegas beliau, PKR juga akan melakukan rundingan dengan pemimpin peringkat bawahan sebelum memilih calon pada PRU akan datang.
"Kami ingin memberi jaminan bahawa calon yang bakal ditonjolkan adan dirunding terlebih dahulu dengan cabang dan akan umbi.
"Mereka harus di kalangan mereka yang berkelayakan dan diyakini punyai prinsip perjuangan dan tidak mungkin dituai dengan jutaan ringgit sogokan musuh," katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presidensempena Kongres Nasional PKR ke-8 di sini, Sabtu.
Tambah beliau, PKR tidak akan bertolak ansur dengan kumpulan pemimpin yang disifatkan sebagai 'gunting dalam lipatan'.
"Kita tidak harus bertolak ansur dengan gelagat sebahagian yang bertindak sebagai gunting dalam lipatan.
"Mujurlah mereka ini terdedah awal dan bertindak melompak mengkhianati amanah perjuangan.
"Kini mereka tanpa segan silu menjadi alat penguasa rasuah," katanya.
Kenyataan tersebut dilihat merujuk kepada beberapa ahli Parlimen yang bertanding di atas tiket PKR bertindak keluar parti selepas PRU-12.
Antara ahli Parlimen yang bertindak keluar PKR menjadi wakil rakyat bebas ialah Datuk Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu) dan Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim (Bayan Baru).
Manakala seorang lagi ialah Tan Tee Beng (Nibong Tebal) bertindak menyertai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) pada Februari lalu selepas setahun menjadi wakil rakyat bebas.
Sementara itu, Dr Wan Azizah berkata, pimpinan parti turut mengakui kesilapan memilih calon pada pilihan raya umum yang lalu memberi kesan terhadap imej parti itu terutama dalam merealisasikan perjuanganrakyat.
"Pemimpin parti juga akur dengan teguran bahawa ada beberapa calon yang dipilih dulu kurang berkelayakan, prestasi hambar di Parlimen atau DUN (Dewan Undangan Negeri) dan kurang berkhidmat untuk rakyat.
"Kita harus lega apabila mereka bertindak keluar dan tersisih dari perjuangan," katanya.

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.