2 Oct 2011

PAS ucap takziah pada Zahid Hamidi

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 1 Okt: PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas kematian ibunya hari ini.
“Diharap keluarga beliau tabah menghadapi pemergian Allahyarhamuha Tuminah. Saya di sini mewakili PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,” kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub kepada Harakahdaily.

Ibu Zahid, Tuminah Abdul Jalil, 81 telah meninggal dunia pada 1.40 pagi ini kerana sakit angin ahmar dan komplikasi jantung.

Jenazah allahyarhamuha dilaporkan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Nipah Darat di sini tengah hari ini.

Allahyarhamuha meninggalkan suami, Raden Hamidi Abdul Fatah, 87, dan sembilan anak.
 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.