9 Oct 2011

PAS sokong BGP kepada allahyarham Noramfaizul

Ahmad Danial   
ALOR GAJAH, 9 Okt: Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari (gambar) menyokong langkah kerajaan negeri menganugerahkan Bintang Gagah Perkasa (BGP) kepada Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor yang terkorban di Somalia semasa menjalankan tugas pada 2 September lalu.

"Kita sokong usaha pengiktirafan ini, beliau memang layak menerimanya malah sepatutnya beliau dianugerahkan dengan anugerah yang lebih dari itu.
"Beliau mempertaruhkan nyawa, tidak semua orang berani menjalankan tugas yang mencabar ini, bukan setakat tenaga dan keringat malah nyawa" ujar Adly
Penganugerahan pingat Bintang Gagah Perwira (BGP) kepada Allahyarham sempena sambutan Hari Kelahiran Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob yang ke-73 semalam.
Namun begitu, Adly Zahari kesal kerana tiada seorang pun polis dan tentera Melaka yang layak menerima bintang tersebut setakat ini.
"Kenapa ini boleh berlaku, adakah tiada seorang pun polis atau tentera Melaka atau Malaysia yang layak untuk menerima bintang tersebut?"
"Atau polis dan tentera selama ini memang terabai dan tidak diiktiraf oleh kerajaan negeri Melaka," tambah Adly.
Menurut Adly, BGP diwujudkan bagi mengenang jasa polis dan tentera kepada negeri Melaka dan negara.
"Mustahil tiada yang layak semenjak 1978," kata beliau.
sumber: Harakah Daily

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.