18 Oct 2011

Fitnah II: Saksi akui dua laporan perubatan Anwar

KUALA LUMPUR 18 Okt: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu mengenai kewujudan dua laporan perubatan Datuk Ser Anwar Ibrahim pada 16 Jun 2008.
Dua laporan perubatan itu, iaitu yang pertama ditandatangani Pakar Runding Hospital Kuala Lumpur, Dr S Jayaindran manakala yang kedua ditandatangani bersama oleh doktor fizik kerajaan Dr Ee Boon Leong.
Menurut Pegawai Penyiasat, Jude Blacious  Pereira, beliau menerima surat dari doktor berkenaan berhubung permohonan peguam Sankara Nair, untuk mendapatkan salinan laporan pemeriksaan itu.

Menurutnya, beliau hanya memperoleh laporan yang ditandatangani Jayaindran dan mengarahkan Sarjan Ahmad Abdullah untuk memberi laporan itu kepada Sankara pada 24 Disember 2009.
“Apa yang saya ada ialah salinan laporan. Laporan itu ditandatangani oleh Dr Jeyaindran sahaja dan bukan orang lain.
“Ia adalah salinan sama yang diberi kepada Sankara Nair,” kata Jude.
Dalam keterangannya, beliau juga mengakui menerima satu lagi laporan kedua daripada Jayaindran bertarikh 21 Disember 2008, yang turut mempunyai tandatangan Dr Ee Boon Leong.
Ketika ditanya peguam Karpal Singh, beliau mengaku terkejut dan merasa aneh dengan laporan itu, namun mengakui tidak menjalankan siasatan, selain tidak menyerahkan laporan itu kepada Sankara.
Selain Jude, tiga lagi saksi balas turut dipanggil pendakwaraya iaitu Dr Jeyaindran, Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Zaininah Mohd Zain dan Pembantu pegawai penyiasat polis, Sarjan Ahmad Abdullah.
Mereka hadir sebagai saksi pendakwa bagi mencabar kredbiliti keterangan pakar tulang belakang dari Jerman, Dr Thomas Hoogland, selepas pasukan pembela menutup pembentangan kes mereka semalam.
sumber : Keadilan Daily

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.