25 Nov 2011

Taib Mahu Jumpa Pemimpin Tertinggi SPDP Sebelum Ulas Pemecatan Entri


KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata beliau mahu berjumpa dengan pemimpin tertinggi Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) terlebih dahulu sebelum memberi sebarang komen berhubung krisis yang melanda parti itu.
"Tunggu dulu (komen), saya perlu berjumpa dengan pemimpin tertinggi dalam SPDP," kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak itu kepada pemberita selepas majlis Pertandingan Akhir Bintang Kecil 2011 Kebangsaan di Auditorium P.Ramlee di sini Jumaat.
Naib Presiden SPDP Datuk Sylvester Entri dipecat daripada parti itu kerana kesalahan menentang parti, demikian diumumkan oleh Presiden SPDP Tan Sri William Mawan selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi SPDP di ibu pejabat parti itu hari ini.

Isu NFC Terus Disentuh Dalam Konvensyen Wanita PKR

JOHOR BARU- Konvensyen Nasional Wanita PKR yang sedang berlangsung di sini tidak melepaskan peluang untuk terus mengkritik isu yang melanda Pusat Fidlod Kebangsaan (NFC) dengan menyeru ahli-ahlinya terus membuat laporan polis.
Isu NFC Terus Disentuh Dalam Konvensyen Wanita PKR Ketua Cabang Wanitanya, Zuraida Kamaruddin yang acap kali merujuk kes itu dengan kata-kata “dari kandang ke kondominium” terus merujuk pinjaman RM250 juta daripada kerajaan untuk projek tersebut adalah bagi tujuan membantu membina perniagaan beribu penternak lembu bukannya untuk membeli kondominium.
NFC yang dikendalikan oleh suami dan anak-anak kepada Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Shahrizat Jalil menjadi perhatian ramai apabila laporan Ketua Audit Negara menyebut pengurusannya kini berada di dalam situasi kacau bilau.
Tidak berapa lama selepas itu, timbul pula isu pembelian dua unit kondominium mewah bernilai RM6.9 juta seunit di One Merenung, Bangsar, Kuala Lumpur.

Naib Presiden SPDP Dipecat Kerana Menentang Parti


KUCHING- Naib Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) Datuk Sylvester Entri dipecat daripada parti itu pada Jumaat, kerana kesalahan menentang parti, demikian diumumkan oleh Presiden SPDP Tan Sri William Mawan.
Beliau adalah juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak kawasan Marudi.
Empat pemimpin yang menyokong beliau terdiri naib presiden kanan dan Adun kawasan Tasik Biru, Datuk Peter Nansian, naib presiden dan Anggota Parlimen Mas Gading, Datuk Dr Tiki Lafe, ketua penerangan yang juga Adun Batu Danau, Paulus Palu Gumbang, dan anggota majlis tertinggi parti dan Adun kawasan Bekenu, Rosey Yunus, dianggap tidak lagi memegang jawatan parti.
"Hari ini merupakan hari paling sedih dalam kerjaya politik saya. Selepas melalui proses dan perbincangan dengan Majlis Tertinggi, saya dengan rasa sedih, mengumumkan bahawa Entri bukan lagi anggota SPDP buatkuasa serta merta," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi SPDP selama jam di ibu pejabat parti di sini.

Ketua Polis Johor Nafi Dakwaan Azmin Polis Batal Permit Saat Akhir


JOHOR BAHARU- Polis Johor pada Jumaat, menafikan dakwaan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali bahawa permit ceramah parti itu di negeri ini dibatalkan pada saat akhir.
Sebaliknya kata Ketua Polis negeri Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, pihaknya tidak pernah meluluskan permohonan untuk mengadakan ceramah yang dibuat PKR dua hari lepas.
Isu pembatalan tidak timbul kerana polis tidak pernah meluluskan permohonan itu, katanya kepada pemberita di sini.
Beliau mengulas kenyataan Azmin yang memberitahu pemberita selepas perasmian Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan di sini hari ini, bahawa polis membatalkan permit ceramah PKR di beberapa kawasan pada saat akhir malam Khamis.

Berundur paling 'terhormat' buat Shahrizat

Berundur paling 'terhormat' buat ShahrizatKUALA LUMPUR-Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, meletak jawatan adalah cara paling terhormat bagi menyelamatkan maruah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang terpalit dengan kontroversi projek lembu fidlot.
"Saya merasakan tindakan terhormat yang perlu diambil Shahrizat ialah dengan berundur dan meletak jawatan dari kerajaan secara serta-merta.
"Hanya tindakan berundur diri yang boleh menyelamatkan maruah beliau dan ahli-ahli Wanita Umno yang turut terpalit dengan skandal NFC ini," katanya.
Bercakap sewaktu menyampaikan ucapan dasarnya di Kongres Wanita PKR Ke-8
Di Johor hari ini, Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang turut melahirkan rasa kesal dengan tindakan Shahrizat yang kononnya secara terus menyerang dan membidasnya selepas beliau beberapa kali mendesak ketua wanita Umno itu meletak jawatan.

'Transformasi' Najib menuju diktator

KUALA LUMPUR- Akta Perhimpunan Aman yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, kelmarin, jelas bertujuan untuk menghalang himpunan diadakan oleh rakyat negara ini.
'Transformasi' Najib menuju diktatorRealiti itu terserlah apabila di dalam akta tersebut dikenakan pelbagai syarat yang tidak munasabah untuk membolehkan rakyat negara ini mengadakan perhimpunan berbanding kawalan sedia ada di bawah Seksyen 27 Akta Polis 1967.
Pengarah Jabatan Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia (Juham), Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, akta itu hanyalah mempunyai nama yang menarik, tetapi hakikatnya Kerajaan BN secara jelas mencabul hak rakyat untuk berhimpun.
Menurut beliau, jika di bawah Akta Polis 1967, sekurang-kurangnya hanya perhimpunan di tempat awam yang dikenakan permit, tetapi di bawah akta baru ini mensyaratkan semua perhimpunan walaupun di premis persendirian atau disewa perlu diberikan notis makluman awal kepada polis 30 hari sebelum tarikh himpunan yang dicadangkan itu hendak dibuat.
Katanya, Seksyen 9(5) Akta itu pula membenarkan polis mendenda penganjur sehingga RM10,000.00 sekiranya tiada notis awal diserahkan kepada polis sebelum perhimpunan tersebut diadakan.
"Peruntukan itu amatlah tidak munasabah kerana kebanyakan himpunan aman rakyat adalah berkaitan dengan isu-isu semasa yang berlaku dan memerlukan tindakan yang segera," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, hari ini.

Pakatan Letak Calon Satu Lawan Satu Dengan BN - Azmin Ali

Pakatan Letak Calon Satu Lawan Satu Dengan BN - Azmin Ali JOHOR BARU-Pakatan Rakyat (PR) berharap mereka akan dapat menyelesaikan isu kawasan bertindih bagi memastikan hanya ada seorang calon sahaja akan diletakkan untuk bertanding menentang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, polisi PR adalah untuk meletakkan calon satu lawan satu dengan BN.
Bagaimanapun beliau siang-siang lagi membuat andaian bahawa BN atau Umno akan 'menaja' calon dari parti kecil yang lain untuk turut sama bertanding bagi memastikan terdapat pertandingan tiga penjuru dalam usaha mereka memecah undi.