JOHOR BARU-Pakatan Rakyat (PR) berharap mereka akan dapat menyelesaikan isu kawasan bertindih bagi memastikan hanya ada seorang calon sahaja akan diletakkan untuk bertanding menentang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, polisi PR adalah untuk meletakkan calon satu lawan satu dengan BN.
Bagaimanapun beliau siang-siang lagi membuat andaian bahawa BN atau Umno akan 'menaja' calon dari parti kecil yang lain untuk turut sama bertanding bagi memastikan terdapat pertandingan tiga penjuru dalam usaha mereka memecah undi.
“Kami dalam Pakatan pada dasarnya telah bersetuju untuk meletakkan calon satu lawan satu dengan BN. Dan saya berharap PR akan menyelesaikan soal pembahagian kawasan menjelang hujung tahun ini," katanya ketika ditemui pada Konvensyen Nasional Cabang Pemuda dan Wanita PKR di sini, Jumaat.
Menurut Azmin, soal pembahagian kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri telah pun diselesaikan pertengahan Ogos lalu.
Kini yang tinggal hanyalah kerusi parlimen dan jumlahnya menurut Azmin hanya sedikit.
Ditanya apakah PR sudah mengenalpasti calon-calon menteri besar di negeri yang lain seandainya mereka berjaya membentuk kerajaan negeri, Azmin berkata perkara itu boleh dibincangkan kemudian.
Yang telah dipersetujui secara konsensus ialah sekiranya PR berjaya membentuk kerajaan pusat nanti, calon perdana menterinya ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Azmin juga berkata, untuk pilihan raya akan datang, PR akan memberi fokus kepada beberapa kawasan luar banda kawasan Felda serta kawasan majoriti pengundi Melayu, termasuklah Sabah dan Sarawak.
Mengenai calon pula, Azmin menegaskan, PKR akan mencalonkan lebih ramai calon muda dan wanita.

-mStar
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.