12 Jan 2012

Mengapa saya pilih ungkapan ‘Mampus Umno’?

Mengapa saya pilih ungkapan ‘Mampus Umno’?Ada sahabat yang prihatin bertanya kenapa saya memilih untuk menggunakan ungkapan "Mampus UMNO" pada Hari 901? Beliau juga berkata…teruk juga Muslimat PAS cuba difitnah oleh Blogger-Blogger UMNO…
Ini jawapan spontan saya….
Inilah sunnatuLlah perjuangan...Allah ingatkan kita dalam al Quran..apakah kamu fikir kamu akan dibiarkan mengatakan kami telah beriman sebelum kamu diuji?.....setiap yang berlaku apatah lagi yang diledakkan oleh musuh-musuh kena disiasat...dan fahamkan.....InsyaAllah kami ni dah lama dalam perjuangan...
901 bukan himpunan yang pertama buat kami...cuma musuh nak jadikan isu dengan...adanya wanita (bukan PAS yg bersorak)...wording ana "Mampus UMNO" dan adanya wanita yang pergi salam Polis…..

Filem pendek 'Orang Kuat Umno' dapat sambutan

IPOH- Filem pendek berjudul 'Orang Kuat UMNO' terbitan Lajnah Penerangan PAS Perak kini mendapat sambutan hangat daripada masyarakat khususnya golongan muda.
Filem pendek 'Orang Kuat Umno' dapat sambutanFilem yang mengambil masa seminggu ini telah menampilkan dua pelawak terkenal tanah air iaitu Bob Lokman dan Man Kadir yang lebih dikenali Pak Jabit.
Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Nuri Al-Amin berkata, walaupun filem ini tidak sampai dua hari ditayangkan, tetapi telah ditonton lebih 74,000 orang.
"Filem ini sungguh menarik minat pengunjung media baru kerana penuh dengan fakta dan isu semasa," katanya.

Perkasa, beban UMNO di PRU-13: Ibrahim Ali memalukan orang Melayu


Perkasa, beban UMNO di PRU-13: Ibrahim Ali memalukan orang MelayuJika anda pergi ke kampong-kampung atau desa dan bertanya jika orang-orang Melayu disitu tahu apa itu PERKASA atau perjuangannya. Kebanyakkan daripada mereka tidak akan tahu apa-apa mengenainya dan mungkin juga ada diantara mereka akan ingat ia adalah ubat untuk tenaga batin.
Mereka yang tahu apa itu PERKASA dan pemimpin kontroversinya, Ibrahim Ali selalunya tidak menyokong pertubuhan ini. Mereka tidak mempunyai komen yang baik buat si penegak hak Melayu ini dan hanya membaca berita tentang aktiviti mereka di dalam akhbar atau online. Sememangnya, tiada siapa yang sebenarnya menyokong PERKASA dari kalangan orang Melayu- di bandar mahupun di desa.

Anwar dibebaskan, perhatian sekarang tertumpu kpd Dr M dan orang-orang kuat Umno


Anwar dibebaskan, perhatian sekarang tertumpu kpd Dr M dan orang-orang kuat Umno Dalam keputusan yang mengejutkan, pentadbiran Najib sering menutup sokongan padu awam untuk Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Mahkamah, yang telah dituduh berada di bawah telunjuk parti Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,telah membebaskan Anwar dari tuduhan liwat.
Ini adalah selaras seruan daripada komuniti diplomatik dan perniagaan dan juga rakyat Malaysia yang sudah bosan dengan manipulasi politik oleh Umno, bermula pada zaman bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.

Najib, Perdana Menteri boneka


Najib, Perdana Menteri boneka Memasuki 2012, Datuk Seri Najib Abdul Razak masih tidak dilihat sebagai pemimpin yang berkaliber oleh rakyat jelata. Pada pendapat orang ramai, kisah peribadi, sosial dan ekonomi yang menghantui beliau akan berterusan sehingga pilihan raya umum akan datang – yang dipercayai akan diadakan sebelum Jun 2012.
Hubungan antara kaum di negara ini tidak menjadi lebih baik dan ternyata agama secara meluas dilihat sebagai gizmo yang mudah digunakan oleh UMNO untuk memecah-belahkan rakyat. Juga terdapat kalangan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat, merangka strategi ekonomi yang tidak berkesan dan kegagalan kerajaan untuk meyakinkan orang ramai.

Hassan Ali dipecat kerana Anwar atau dirinya sendiri


Hassan Ali dipecat kerana Anwar atau dirinya sendiri Orang yang bersalah sentiasa menyalahkan orang lain kerana kesilapan mereka sendiri. Dan inilah yang terjadi pada Hasan Ali. Jaguh mempertahankan Islam, raja-raja Melayu dan bangsa Melayu telah disingkirkan oleh PAS berkuat kuasa serta-merta, sehari sebelum keputusan Anwar Ibrahim yang didapati tidak bersalah.
Sebaliknya, Hasan Ali menyalahkan Anwar sebagai penyebab bagi pemecatan beliau, walaupun tiada siapa yang benar-benar terkejut memandangkan Umno sentiasa cuba untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang yang berkarisma itu dengan mengurangkan simpati orang ramai terhadapnya dengan apa jua cara.

Misi Mustahil Mahathir: Jadikan Mukhriz Perdana Menteri


Misi Mustahil Mahathir: Jadikan Mukhriz Perdana Menteri Pada Oktober 2003 setelah Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia dengan perasaan bercampur baur. Beliau sangat berat hati untuk melepaskan kuasa dan juga sedih kerana UMNO semakin lemah. Beliau juga kecewa kerana setelah bertahun-tahun lamanya orang Melayu diberi kelebihan dalam pendidikan, mereka masih lagi ditakuk yang sama.
Mahathir juga sedih kerana beliau telah dipersalahkan kerana kehilangan integriti sistem perundangan dan juga ekonomi semakin merudum. Tetapi, hakikatnya, banyak perkara yang jatuh semasa beliau berkuasa. Yang paling beliau gusarkan adalah tidak seorang pun anak lelaki beliau sudah bersedia menggantikan tempat beliau. Pendek kata, misi beliau tidak habis dan beliau sangat tidak berpuas hati.