Orang yang bersalah sentiasa menyalahkan orang lain kerana
kesilapan mereka sendiri. Dan inilah yang terjadi pada Hasan Ali. Jaguh
mempertahankan Islam, raja-raja Melayu dan bangsa Melayu telah
disingkirkan oleh PAS berkuat kuasa serta-merta, sehari sebelum
keputusan Anwar Ibrahim yang didapati tidak bersalah.
Sebaliknya, Hasan Ali menyalahkan Anwar sebagai penyebab bagi pemecatan beliau, walaupun tiada siapa yang benar-benar terkejut memandangkan Umno sentiasa cuba untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang yang berkarisma itu dengan mengurangkan simpati orang ramai terhadapnya dengan apa jua cara.
"Anwar Ibrahim adalah punca saya dipecat," kata bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu pada sidang akhbar di rumahnya."Saya tidak mahu dia mengheret orang ramai ke dalam perjuangannya, yang saya rasa adalah sangat kotor. Saya tidak berani untuk menyokong Anwar di perhimpunan tersebut, saya adalah di antara beberapa ahli PAS yang tidak akan membuat kenyataan mengapa Anwar perlu menjadi perdana menteri, "tanbahnya lagi.
Sudah Nampak sejak ‘muktamar’
Walau bagaimanapun, ramai yang percaya Hasan Ali patut dipecat dari dulu lagi. Kredit harus diberikan kepada PAS kerana bertolak ansur dengan Hasan Ali, tetapi pada kongres tahunan parti apabila undi diberi kepada kepimpinan yang bercorak sederhana pada tahun lepas, sudah ada tanda-tanda Hasan yang cuba menjadi batu api.
Menurut Hasan, beliau bersedia untuk memimpin ‘perang salib’ peribadi terhadap apa-apa yang difikirkannya adalah 'cabaran' terhadap Islam. Ini termasuk menyokong serbuan Jabatan Hal Ehwal Agama Selangor atau JAIS di Damansara Utama ke atas Methodist Centre, dan juga mengambil bahagian dalam serbuan terbaru di pertubuhan hiburan. Tidak perlu ditegaskan lagi, dia medakwa wujudan golongan Kristian yang cenderung memurtadkan umat Islam dan ini telah berleluasa dengan disini, Puak Kristian ini lah yang akan menganggu ketenteraman kita semua.
Sememangnya, pemecatan Hasan Ali yang disebabkan oleh dirinya sendiri dan tiada kaitan dengan Anwar Ibrahim. Akhirnya, tembelang Hasan Ali sudah pecah. Buktinya adalah kesediaan beliau untuk berbincang dengan UMNO mengenai kemungkinan penggabungan antara UMNO dan PAS. Sesuatu yang sudah jelas tidak boleh diterima oleh sesiapa sahaja pemimpin PAS. Hasan Ali telah merancang satu strategi memberontak dan ini adalah alasan yang cukup untuk pemecatan dari mana-mana parti politik, bukan sahaja PAS.
Lain dari yang lain
Hasan Ali yang tidak sebulu dengan yang lain mengambil pendirian egonya bahawa dia sememangnya betul dan PAS pula salah. Pendirian bodoh sombong mengenai Islam dalam negara yang berbilang kaum, berbilang agama tidak akan menjadikan PAS menarik kepada sesiapa pun. Dan kebodohan Hasan Ali terbukti dari sejak awal lagi, sejak tahun 2002 sebenarnya.
Pada 4 Januari 2002 Harakahdaily, melaporkan Hasan Ali mewakili PAS pada forum yang dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Katolik. yang tertutup yang telah diadakan di dewan gereja yang terkemuka di Petaling Jaya. Peserta lain termasuk Lim Kit Siang dari DAP, Anuar Razak dari Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), dan dipengerusikan oleh Dr Patricia Martinez, seorang ahli akademik pakar dalam agama Islam dan perbandingan.
Setiap penceramah telah diberikan 20 minit untuk membincangkan topik "Apakah Malaysia Sebuah Negara Islam", yang mencerminkan minat dan kebimbangan orang bukan Islam mengenai "pengumuman menteri perdana" September sebelumnya bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam.
Apabila ia tiba giliran, Hasan Ali seperti dirasuk apabila menghentam UMNO. Beliau kemudiannya beralih pula kepada isu ketidakadilan pilihan raya pelajar di UiTM dan UKM; dan membuat penonton gerun terutamanya orang Kristian! Beliau juga kelihatan tersasul apabila penonton mempersoalkan pandangannya terhadap orang Islam yang murtad, mengaitkannya dengan kebebasan amalan beragama. Untuk ini, Hasan memberikan jawapan persis anak-anak sekolah bahawa ia adalah peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan dan oleh itu ia adalah sukar untuk dirasionalisasikan.
Alkitab elektronik untuk mempengaruhi umat Islam!
Pada tahun 2002, Hasan Ali masih gagal dalam usahanya mempolitikkan masalah murtad demi meraih penyokong. Dan keadaan semakin kritikal pada tahun 2011. Kitai dihidangkan pula dengan dakwaan Alkitab solar elektronik yang 'bercakap' dan kononnya digunakan untuk mempengaruhi orang Islam. Walaupun dia mendakwa ribuan telah memeluk agama Kristian, kita masih belum menerima atau melihat bukti yang menyokong dakwaan ini.
Hasan Ali memang patut dipecat, dan PAS sepatutnya telah dilakukan itu lama dahulu! Mungkin pada 2008 apabila dia mendedahkan bahawa beliau No 1 dan PAS No 2 Nasharudin Mat Isa telah cuba menggabungkan PAS dan UMNO. Hasan pula menyindir PAS dan memalukan parti dikhalayak ramai.
Dalam Negara yang berbilang kaum, budaya dan agama seperti Malaysia, yang telah menajadikan diri mereka lebih matang sejak beberapa tahun yang lalu, PAS mahu semakin relevan kepada generasi yang baru. Kesederhanaan adalah kunci kemenangan ke atas bukan hanya orang Melayu Islam tetapi juga bukan Islam di Malaysia.
Nasharudin dan Ibrahim Ali
Dengan UMNO semakin menunjukkan sisi fasis mereka, PAS telah disambut baik oleh orang bukan Melayu. Dengan watak-watak seperti Hasan Ali yang tidak mempunyai keberanian intelektual untuk membaca sentimen rakyat berpotensi membawa maut kepada perjuangan parti. Atas sebab ini sendiri, dia dikeluarkan daripada PAS. Dan adalah tidak perlu bagi PAS untuk menjelaskan penyingkirannya. Membuang ahli-ahli yang bermasalah adalah hak parti.
Keputusan PAS untuk memecat Hasan Ali adalah satu langkah yang baik apabila anda menyaksikan tindak-tanduk Hasan Ali itu. Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Nasha, bekas Timbalan Presiden PAS, yang telah dibuang oleh perwakilan kerana kecenderungannya untuk pro-UMNO, dan Ibrahim Ali, pengasas presiden sayap kanan kumpulan nasionalis Melayu Kuasa.
Semestinya tidak perlu ada sebab yang lebih baik lagi untuk memecat Hasan Ali.

Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.