JOHOR BAHRU 27 Nov: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua menegaskan bahawa parti itu diasaskan bertitik tolak dari kebangkitan rakyat melawan kezaliman pemerintah.Justeru itu katanya, pimpinan KEADILAN wajar mendengar pandangan dan hasrat yang disampaikan oleh rakyat.
“KEADILAN adalah parti aktivis, parti reformis, dan parti yang taat kepada prinsipnya,” kata Tian Chua dalam ucapan penggulungan perbahasan menyokong ucapan dasar Presiden, di Kongres KEADILAN Nasional ke 8.



