(Oleh: Ahmad Fadli)
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Bahrin Abbas hari ini membangkitkan masalah peneroka-peneroka yang terus dibelenggu masalah hutang berterusan, tanpa mengetahui kedudukan kewangan sebenar mereka dengan Felda.Kamarul membangkitkan perkara itu dalam soalannya kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Menurutnya, peneroka-peneroka felda di seluruh negara hanya mendapat penyata hutang dari Felda yang mengandungi antaranya wang pendahuluan RM1,500 sebulan dari Felda tetapi tidak pernah diberikan penyata pendapatan.


KUALA LUMPUR, 10 Okt: PAS yakin, penduduk luar bandar juga akan menolak BN sedikit waktu lagi dengan perkembangan pesat teknologi maklumat yang ada sekarang.
KUALA LUMPUR, 10 Okt: Rakyat Malaysia sehingga kini rata-ratanya masih berada dalam keadaan daif, manakala di kalangan pekerja pula masih juga terdapat mereka yang diperlakukan seperti khadam serta dibayar gaji di bawah paras kemiskinan.