10 Oct 2011

'Fahamlah saya Rembau tak dilantik dalam Kabinet'

Aziz Muda   
KUALA LUMPUR, 10 Okt: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin, dibidas pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, apabila menuduh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim 'berbohong' dengan ucapannya disebabkan tidak selari dengan salah satu data kewangan yang dinyatakan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 yang dibentangkan pada 4 Oktober lalu.
Tuduhan tersebut dibuat oleh Khairy dengan mengatakan dalam ucapannya Anwar menegaskan kerajaan akan dapat menjimatkan RM5 bilion wang rakyat jika melakukan dasar penjimatan melibatkan beberapa projek termasuk bekalan komputer di sekolah-sekolah, tetapi di dalam Belanjawan Pakatan 2012 dinyatakan sekitar RM17 bilion.

Pang Chow nafi sekeras-kerasnya ugutan tinggalkan PAS

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 10 Okt: Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw hari ini menafikan dengan sekeras-kerasnya berita yang menyatakan DHPP enggan menyokong PAS jika hudud dilaksanakan.

Beliau juga menafikan membuat ancaman untuk tinggalkan PAS sebagaimana yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian hari ini (gambar).

"Sebagai salah seorg pengasas kelab penyokong PAS yang kini menjadi DHPP, tidak  ada sebab saya buat demikian.

9 Oct 2011

Najib gagal tawan hati semua lapisan rakyat

(Nabihah Hamid)
SHAH ALAM: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali menyifatkan Bajet 2012 yang dibentang Datuk Seri Najib Razak sebagai ‘gula-gula’ untuk meraih sokongan pengundi pada pilihan raya umum ke-13.
Beliau menyifatkan Bajet 2012 itu gagal menawan hati semua lapisan rakyat sebagaimana Belanjawan Pakatan Rakyat yang dibentang tiga hari lebih awal.
“Ini bajet pilihan raya tetapi Pakatan Rakyat sudah bersiap sedia dan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dengan melancarkan bajet Pakatan.

Ribuan hadiri Perhimpunan 109

Kira-kira 2,000 membanjiri pantai Taman Gelora, Kuantan bagi memberikan menyatakan bantahan terhadap pembinaan loji nadir bumi di Gebeng.
Dinamakan “Himpunan Hijau 109″, perhimpunan itu dipendekkan oleh anggota polis yang menghalang penceremah membuat ucapan.
Mengikut Malaysiakini, permit berhimpun dalam program NGO alam sekitar itu ditarik balik malam tadi ekoran terdapat program khidmat negara.

PAS sokong BGP kepada allahyarham Noramfaizul

Ahmad Danial   
ALOR GAJAH, 9 Okt: Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari (gambar) menyokong langkah kerajaan negeri menganugerahkan Bintang Gagah Perkasa (BGP) kepada Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor yang terkorban di Somalia semasa menjalankan tugas pada 2 September lalu.

Diarah hadir tapi mahkamah tutup

BINTULU, 9 Okt: 18 mangsa tangkapan Bersih 2.0 di Bintulu pada 9 Julai lalu yang diarah hadir ke mahkamah hari ini kecewa apabila mendapati mahkamah hari ini tutup ekoran cuti hujung minggu.

Biarpun merasa hairan dengan tarikh yang diberikan, kesemua mereka hadir dan berkumpul di hadapan pintu pagar Kompleks Mahkamah Bintulu kira-kira jam 8.30 pagi ini kerana dimaklumkan akan didakwa pada jam 8.45 pagi.