Chronicle: 1. Pertama sekali, soalan paling panas adalah mengapa
Najib menarik rancangan memutuskan keputusan bersalah? Ramai dikalangan
rakyat yang percaya bahawa dalam ia adalah satu konspirasi dan bukanlah
system kehakiman yang bebas seperti yang didakwa BN. Cerita yang timbul
adalah hakim telah pun menulis keputusan bersalah tetapi terpaksa
menggunakan pembebasan secara verbal selama 60 saat. Adakah anda lihat
adalah campurtangan Umno dalam hal ini? Adakah Najib takut pada legasi
beliau nanti sekiranya beliau dilihat sebagai mengambil langkah yang
keras untuk menangani isu ini?
Malott: Saya tidak tahu mengapa hakim itu memutuskan yang demikian, Ia agak mengejutkan, Terdapat banyak laporan yang didokumenkan mengenai campur tangan politik dalam badan kehakiman dan penyalahgunaan kuasa. Sebagai contoh, bukan sahaja Anwar tetapi kes Ramli Yusoff dan kegagalan untuk menyiasat dan mendakwa atas kematian yang berlaku di SPRM. Pada awal perbicaraan, hakim telah menarik balik keputusannya samada DNA yang di ambil daripada sikat dan tuala yang Anwar guna di penjara boleh digunakan dan Nampak ada tekanan untuk beliau berbuat demikian. Jika tidak kenapa dia menarik balik? Tetapi sekarang dia membuat keputusan yang memihak kepada Anwar. Ia suatu kejutan. Seperti yang saya katakan, kerajaan mungkin memutuskan bahawa memenjarakan Anwar akan member masalah yang lebih besar kerana akan ada suatu demonstrasi besar-besaran daripada pembangkang. Kita semua boleh membuat spekulasi tetapi hanya hakim yang tahu mengapa dia berbuat demikian.
Chronicle: 2. Mungkin jawapan kepada (1) akan menjelaskan soalan kedua ini. Adakah anda fikir pentadbiran Najib akan membuat rayuan? Jika ya, apakah ia akan buat untuk reputasi Najib dan kerajaan Malaysia di mata pelabur? Mungkinkan kesannya akan menjadi dalam dan lama kerana tokoh korporat seperti Richard Branson telah menyuarakan kekecewaan dan kejengkelan beliau terhadap dakwaan ke atas Anwar?
Malott: Saya rasa aka nada banyak tekanan terhadap Najib untuk merayu , terutamanya daripada orang-orang kuat UMNO yang takut pembangkang akan mengambil alih Negara. Gani Patail dan pihak pendakwa lain juga telah malu jadi mereka akan mahu merayu. Ada yang merasakan yang mereka boleh mencari hakim yang lebih bekerjasama nanti. Tetapi reaksi bukan sahaja dari Malaysia tetapi juga diluar Negara dan ia sangat kuat apalagi jika kerajaan merayu dan membuat keluarga Anwar terpaksa berhadapan dengan perkara ini sekali lagi.
Chronicle: 3. Memandangkan pengetahuan anda dengan scenario politik Malaysia dan pemainnya, selepas berdekad memantau situasi, apa yang anda rasa Najib akan lakukan? Akankah beliau membuat rayuan dan mengapa?
Malott: Saya rasa, Najib tidak mahukan rayuan. Tetapi Najib sememangnya seorang pemimpin yang lemah. Beliau jarang melakukan perkara yang beliau cakapkan. Beliau menerima banyak tekanan. Jadi, beliau mungkin akan senyap dan biarkan sahaja apa jua berlaku dan mengatakan bahawa keputusan adalah ditangan pihak pendakwa. Pernah ada situasi begini berlaku sewaktu beliau mengatakan “bergantung kepada pihak polis” samada demonstrasi akan diteruskan. Adakah anda berkuasa terhadap kerjaan anda atau tidak?
Chronicle: 4. Jika ya, adakah ia bermaksud Malaysia dan Pakatan Rakyat akan kembali ke keadaan asal? Apa pula dengan pengundi Malaysia? Akankan ia menjadikan mereka lebih semangat untuk menyingkirkan BN? Atau adakah mereka akan curiga lagi terhadap Anwar?
Ada orang berseloroh mengatakan jangan sesekali meramalkan masa depan. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku tetapi saya pasti 2012 akan menjadi tahun yang paling penting dan juga menarik dalam sejarah politik Malaysia. Itu bagus untuk Malaysia Chronicle, sekurang-kurangnya kamu ada banyak perkara untuk ditulis.
Chronicle: 5. Daripada pandangan orang luar, apa yang anda lihat berlaku dalam Umno? Mereka dikenali dengan konspirasi dan pertelingkahan dalam. Ada atau tidak tren atau scenario yang orang luar boleh nampak daripada pembahagian, kumpulan tertentu dan sebagainya yang wujud? Jika ya, siapa yang anda rasakan pemain utama dalam Umno dan apakah tujuan utama mereka?
Malott: Saya rasa sudah jelas bahawa BN bukan lagi sebuah parti politik yang kuat. Ia cuma mengenai Umno sekarang. MCA dan MIC telah diketepikan dan mereka ini telah kehilangan kredibiliti di mata orang Cina dan India. JAdi focus hanya pada Umno. Kita akan lihat perjuangan untuk Umno akan menjadi lebih penting berbanding perjuangan Umno menentang PR. Orang kuat sayap kanan dalam Umno akan menjadi lebih vokal dan anti-Najib. Mahathir, Muhyiddin, Hisham dan Ibrahim Aki akan menyebabkan Najib dibebani lebih banyak masalah. Bergantung kepada arah tiupan angin politik, ada yang lebih sederhana dalam Umno akan melompat parti atau kurang menyokong Umno dan akan mengambil langkah tunggu dan lihat semasa pilihanraya. Lihat saja Sakmongol. Beliau asyik mahukan Umno kembali ke perjuangan asala dan sekarang beliau sudah menyertai DAP. Menarik juga untuk lihat tindak tanduk Ku Li. Jika beliau akhirnya akan mengatakan bahawa tiada harapan untuk reformasi dalam Umno.
Chronicle: 6. Tarikh untuk PRU 13 merupakan satu lagi factor yang mempengaruhi pembebasan. Ada yang mengatakan bahawa pembebasan itu telah menolak tarikh PRU 13 ke depan dan ada di antara mereka seperti Lim Kit Siang yang menjangka bahawa ia bukan lagi Mac 2012 tetapi Jun 2012. Ada yang mengatakan bahawa Umno mungkin akan menolak ke hujung tahin atau awal 2013. Apa pendapat anda dan mengapa?
Malott: Saya rasa ia akan menjadi lebih dekat daripada lewat. Semakin lama Umno tunggu, semakin banyak masalah akan timbul dan semakin banyak masa untuk pembangkan merangka kempen mereka.
Chronicle: 7. Dalam artikel “Testing Malaysia’s Promises’ anda mengatakan bahawa reformasi pilihanraya dan PRU 13 yang paling kotor adalah beberapa kemungkinan kembalinya taktik Dr Mahathir. Semenjak Perhimpuanan Bersih 9 Julai dan pengwujudan Komiti terpilih Parlimentari untuk Reformasi, dan sebagai seseorang yang memerhatikan situasi Malaysia, adakah anda fikir sudah cukup yang dilakukan untuk memastikan pilihanraya yang bersih dan lancar?
Malott: Saya tidak rasa bahawa ada apa-apa yang dilakukan setakat ini cuma cakap-cakap sahaja. Pokoknya reformasi ini harus laksanakan sebelum pilihanraya dijalankan. Jika tidak, keputusan tidak akan berkredibiliti.
Chronicle: 8. Setakat ini, cadangan menggunakan dakwat kekal telah diluluskan tetapi masih banyak lagi halangan lain. Adakah anda berpuas hati dengan apa yang dicapai PSC dan reformasi pilihanraya dan mengapa?
Malott: Saya rasa reformasi yang paling penting adalah memastikan RTM dan Bernama yang dimiliki oleh rakyat Malaysia akan menjadi adil dalam pelaporan mereka. Sekarang, mereka bertindak seolah-olah mereka dimiliki Umno dan bukan kerajaan. Kekangan dalam distribusi akhbar pihak pembangkan juga harus dihentikan. Parti pemerintah dan pembangkang haruslah dilayan samarata. Itulah cara yang adil.
Chronicle:9. Anwar adalah kawan lama anda. Pembebasan ini menjadikan beliau semakin yakin- secara peribadinya, untuk keluarga beliau dan hak beliau sebagai pemimpin negara. Jika pentadbiran Najib meneruskan rayuan, adakah anda rasa sintimen rakyat akan mengenepikan Anwar? Atau adakah anda rasa Anwar sudahpun berada di persimpangan yang sukar dan mereka akan berusaha untuk meraih kejayaan dalam PRU 13. Apakah faedah yang Anwar dan Pakatan akan dapat daripada pembebasan itu dan apakah kesan rayuan terhadap semua ini?
Malott: Memang benar, isteri dan saya sendiri telah menjadi sahabat baik Anwar dan Azizah dan saya telah mengenali anak-anak mereka semasa mereka tinggal di Washington DC. Mereka adalah sebuah keluarga yang baik. Tetapi apabila saya menganalisis politik Malaysia, saya masih lagi menggunakan fahaman saya sebagai seorang diplomat dan melihat dengan terperinci dan tidak membenarkan perasaan saya yang menguasai diri.
Jika kerajaan meneruskan rayuan ke atas Anwar, ia akan mengukuhkan pihak pembangkang dari segi sentiment rakyat. Anwar akan membuang masa beliau di mahkamah dan ia akan menjadikannya sukar untuk berdepan dengan isu dalam pihak pembangkang dan juga kempen hanya kerana beliau perlu berdepan dengan isu perundangan dan berada di mahkamah sentiasa.
Saya telah katakana yang saya tidak suka membuat ramalan tetapi, saya percaya bahawa reformasi pilihanraya , sekiranya dilaksanakan dan pilihanraya dilakukan dengan adil; saya yakin pembangkang berkuasa. Mereka hampir Berjaya pada 2008 walaupun dengan sebelah tangan diikat. Saya berkata begini sebagai seorang penganalisis politik Malaysia dan bukan kerana pendapat peribadi.

Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.